Startup Journey #1

“The sun is scorching. The plane comes in low,
throwing a shadow in the shape of a giant cross, 
rushing over the ground.
A man crouches over something in the field.
The shadow reaches him.”

Excerpt From: Tomas Transtromer. 
Out in the Open, “The Deleted World”.

TAKING CARE YOUR MENTAL STATE

Pagi tadi, selepas hantar Yaya ke Dewan Jubli Perak, melarikan diri daripada beberapa hal tak beres di rumah (yang aku tidak mahu hadapi sekarang), aku ke AEON Shah Alam. Aku masuk Popular dan temui buku ini di raknya: 


Buku tulisan Hagy nampak menarik dan praktikal. 


Aku rasa aku perlu buku ini pecahkan monotoni cara fikir aku. Aku tahu, dalam bab kerja, aku nampak progres dan aku gembira dengannya, tetapi disebabkan ada banyak ketidakpastian yang hadir bersama dengannya, aku rasa tidak tenang minggu ini. Aku mungkin ditunjal tentang fokus diri, seperti biasa. 

Kadang kita terperangkap dalam salah faham orang, siapa pun ia, dan kita mahu tidak mahu perlu buat sesuatu tentangnya. 

Kadang kita perlu mengimbang keutamaan dalam keadaan keutamaan itu dalam penimbang yang berbeza. 

Dan jujurnya, aku dengan perangai biasa, aku akan resort untuk lelapkan mata. Tidur. Namun, membaca artikel Brendon Barrato di Medium, The Lonely World of a Startup Founder, aku rasa ada beberapa simptom aku dah mula rasa. 



Meskipun aku dah gembira dapat bertemu dengan Jaziel untuk bab programming, aku masih belum 'lepas' dalam bab memutuskan. Aku rasa tiga-tiga benda ditulis di atas ini aku semakin rasa, khususnya, yang kedua - salahkan tikus-tikus yang entah bila semua nak dihapuskan di rumah, aku asyik terjaga tengah malam. Ditambah dengan keperluan aku memandu setiap hari paling kurang 1 jam setengah pergi balik, aku rasa aku kena tahu cope dan tangani dengan lebih baik. 

REACH OUT? 

Ada yang berpendapat, kita perlu reach out. Aku rasa cara ini tidak kena dengan aku sangat. Cara ini membantu tetapi dalam masa yang sama, aku sebenarnya masih dengan tabii asali aku - aku temui keselesaan dengan fikiran sendiri. Aku rindu dapat duduk tepi tasik Shah Alam, tanggal kasut, duduk dua tiga jam kat atas rumput di situ sambil baca buku. 

Macam tidak buat apa-apa, tetapi dengan tidak berbuat apa-apa itulah, kita berbuat sesuatu. 

Kita ambil keputusan untuk kata 'tidak' kepada semua hal lain, selain baca buku (kalau aku) di tasik.

Jadi, aku rasa benda ini perlu masuk dalam jadual seharian aku. 

THE LONELY WORLD OF A STARTUP FOUNDER





Daripada awal, aku rasa kesunyian ini perkara ruji kerana aku sebenarnya selesa dengan diri sendiri. Cuma, selesa dengan diri sendiri (untuk sentiasa fokus dan sedar nilai yang ingin dibawa) dan memerlukan sokongan dalam perjalanan, mungkin tidak sama. 

Dunia founder ini memang payah - aku dah boleh nampak macam mana di hujung hari, yang berdepan dengan risikonya, yang akan rugi tidak berduit, adalah semuanya aku. Namun, perlahan-lahan, aku macam mahu terima. Aku tahu, kita akan sentiasa perlu berikan yang terbaik. 

Mungkin sebab itu, aku memang hendak BLAJO menjadi bukan sekadar terbaik - kita jadi terbaik, kerana kita seronok memberikannya. Kenapa kita seronok adalah kerana mempunyai makna diri yang bukan sekadar tentang diri sendiri. (Kalau aku, sebagai tambahan, sebab aku suka sentiasa dalam peluang belajar benda baru). 

Tetapi akar kita kena kuat. Hubungan dengan Tuhan, benda ni aku sendiri sangatlah berusaha. Kalau macam papan jongkang-jongket, bila sebelah sini agak baik (makin naik), cabarannya datang sebelah sana pula - turun dan menjunam. Sebab tu, aku rasa untuk sekarang, Ustaz Fadzil Pondok Saadah Ad-Darain membantu, sekurangnya, untuk Selasa dan Khamis yang ada pengajian (atau Sabtu sekali kalau ada kuliah tafsir). Pondok ni macam hadiah, sebab ustaz dekat dengan rumah. Ustaz tolong kita bagi nampak jalan, bagi cara mana yang kena dengan kita, supaya kita pun tak putus asa dalam hendak berjalan.

KEPUTUSAN

1. Untuk tahu apa yang hendak diambil masuk dalam kepala dan yang mana perlu disimpan dalam buku sahaja dulu
2. Betul-betul 'bermain' semasa mengajar budak-budak dan nikmati kelas dengan mereka (ini memang selalu ubat)
3. Teruskan tabiat menulis ini (pencapaian, dua minggu ini sudah selesa menulis semula)
4. Sentiasa komunikasi dengan orang yang positif macam Anis (walaupun dia jauh di Ganu)
5. Buat benda yang tune dengan nilai diri selalu - macam aku, baca buku, duduk-duduk tak fikir apa-apa

Adulting is hard not because it is in itself hard, but it is because the expectation. Expectation that we have to be doing A, B or C as we are now W, X, Y or Z. 

Cabaran ini bagus, untuk kita sentiasa kuat dengan diri sendiri. Dengan Tuhan. 

Itu sudah cukup. 

InshaAllah. 


Sekian,
06 Oktober 2018.
The Coffee Bean,
Minum air Swedish Berries yang tak bergula.

Comments

Popular Posts