Konfeksi : Tertinggal
Percubaan pertama dipaparkan.
Komen dan kritikan, boleh dipanjangkan.
Dan hidayah serta taufiq, Allah jua punya kuasa.
Insha Allah. :)
| Takut, ada yang tertinggal. Di belakang. Semalam. |
“Tertinggal.”
Pre-sketch : يٰأَيَّتُهَا النَّفسُ المُطمَئِنَّةُ (O
thou peaceful soul!)
Allah
sedang memanggil. Mungkin kita dan mungkin bukan kita.
Tapi,
tidakkah kita mahu kembali jika dulu kita bergerak ke arahnya?
***
Bersepah bilik. Tunggang langgang.
Dengan buku tebal Campbell Biology terbongkang di atas meja studi, ada baki
epal bergigit yang dah memang lama lemau, dan belum kurang dengan baju-seluar yang lepak terbaring atas lantai,
macamlah bilik ni bilik dobi Mak Limah.
Serabut.
Makin serabut yang di dalam otak.
Dia sendiri dah tak tahu, betul ke
otaknya masih lancar hantar neuron ke tidak.
Sekurangnya, untuk hari ni.
Semalam, dia dah semacam mereng
mahasasau mengadap computer menembak ‘manusia-virtual’ dalam Counter Strike.
Kata Imran, lepas geram.
Habis papan kekunci Asus itu ditekan
sehabisnya sampai hari ni, masa Imran datang nak pinjam tadi, katanya kena
tekan kuat-kuat butangnya sebab dah macam longgar.
“Dah kiamat ke?” Suaranya berserau dalam
bilik.
Imran menoleh dari lensa komputer.
Tersengih.
“Ingat dah tak percaya kat kiamat?”
Terlepas dengus kecil. Dia sebal,
serabut dan seriau benar.
Dengan kepala masih terbalik di bawah, menjawab.
“Aku harap, dunia aku habis hari ni. Aku dah tak larat, beb.”
Imran memusing kerusi, menghadap arah
Shed. “Pergilah terjun bangunan.”
Angkat kepala laju. Badannya tertegak
atas katil yang pun dah macam tongkang pecah tengah laut.
Mata tajam menembus mata Imran yang tak
berkocak. “Kalau aku nak bunuh diri, dah lama dah aku terjun, weh.”
“Habis, kenapa tak buat je?”
“Aku tak lah segila tu, nak bunuh diri.
Tapi kalau memang bunuh diri tu boleh, aku nak, weh.”
“Apa yang menghalang?”
Shed melepas lagi nafas kecil. Badannya
yang tadi tegak, mengendur. Tegak pandangan menghadap siling.
Diam berselang.
Sekejapan, Shed memandang Imran.
Ditenung dalam.
Masuk hari ni, Shed rasa, dah dua minggu
dia dah macam Maharaja Gila dalam tawanan sendiri. Satu-satu perkara berlaku.
Mula-mula dengan beg bagasinya hilang di
perhentian bas Michigan selepas keluar dari tandas.
Dah lah dalam beg ada segala dokumen dan
aset diri.
Polis yang ada kat balai pula macam tak
nak membantu. Muka cemberut je!
Balik rumah, tengok-tengok notis tak
bayar sewa dah sebulan. Gila, mana nak cekau duit.
Mana nak pindah? Rumah Imran? Mana nak
studi lagi, dengan peperiksaan hujung musim panas dah nak tiba. Gilalah nak
kejar pointer.
‘Kenapa semua benda nak datang masa nih?’
Kerusi berkeriuk lagi. Imran bangun dari
duduk. “Jom ambil angin sat.”
Heh. Shed menyumbing bibir. “Takde duit,
bro.”
“Jalan atas kaki, kena bayar jugak ke?”
Shed sengih. ‘Nasib lah Tuhan tu, bukan
minta ufti macam Hitler. Kalau semua benda nak kena bayar...’
***
Beckley Park. Dekat sangat dengan rumah
yang dia tinggal. 5 minit macam tu tadi berjalan dengan Imran.
Duduk atas bench bawah pokok-pokok
kering kurus. Menghadap jalan, yang manusiawi jalan lalu-lalang silih berganti.
Ada oksigen biru-biru terasa masuk dalam
alveolus.
Ada terasa biru-biru segar dalam jantung
dan darah yang mengalir.
Meski baru sedikit, tetapi terasa
sedikit ‘sejuk’.
Shed pandang Imran di sebelah yang sibuk
menjalar pandang tanpa kelip. “Kau dah habis study eh?”
Imran menggerenyet, halus. “Nak study,
sampai tua takkan habis study.”
Heh. “Tapi untuk exam, kira dah settle
laa?”
Imran diam. “Usaha pada yang mampu la. Hehe.”
Shed angguk. Betul jugak, kalau asyik
nak fikir itu belum habis, ini pulak menambah senarai kerja, memang takkan
terhabis. Lagi-lagilah, Imran bukan
budak-yang-kerusi-dan-meja-melekat-di-badan-sambil-mata-melekat-kat-buku.
Tak dengan usrah online, dia juga selalu
ke sana ke mari dengan MSA-nya. Muslim Student Association.
Cuma bezanya satu, berbanding dia yang
jauh kurang sibuk.
Shed pandang Imran lagi. “Apasal kau
lepak je? Tak risau ke?”
Terangkat kening Imran sebelah. “Mestilah
ada risau. Tipulah tak risau, kawan.”
Diam.
Jeda dua tiga minit.
Shed angkat kaki, lalu turun duduk ke
bawah. Atas tanah. Terasa kasar-kasar rumput menyapa kulit.
“Im...”
Imran ada berbunyi, isyarat mengiakan. Malas
agaknya mengeluarkan suara.
“Kenapa kau macam selalu tenang? Kenapa
kau macam tak risau?”
Imran pandang muka Shed di bawah. “Erm,
soalan-wajib-jawab ke?”
Shed menyumbingkan bibir – tersengih. “Tak
dosa pun kalau kau tak jawab, tapi aku pun nak tahu, seyh.”
Tak lama, Imran pula duduk di
sebelahnya. Dua-dua saling tak pandang, Cuma suara menyambungkan.
“Kau pernah tak tertinggal barang yang
selalunya kau bawak?”
Senget muka Shed membenar reaksi. “Apa
ni, tak jawab soalan pun!”
“Tak, jawab dulu. Nanti kau dapat
jawapan sendiri.”
Shed menyumbingkan lagi bibir. ‘Macam
selalu, nak jawab soalan pun berkias-kias.’
Matahari bertembung dengan kepulan awan
yang berkapas di hujung horizon. Shed memulas ingatan.
“Aku rasa, selalu je aku tertinggal
barang penting. Pastu nanti, yang susahnya kau kena ambilkan untuk aku,
bawakkan ke kelas aku, macam selalu.”
Imran pusing menghadap muka rakannya di
tepi. “Oh, paling teruk aku rasa masa kau tertinggal ID dan pasport masa nak fly
hari tu!”
“Oh oh! Itu memang sangat teruk kot. Aku
rasa masa tu, berapa kali dah aku dengar pengumuman plane dah nak gerak. Memang
gila kalau aku tersangkut tak dapat fly masa tu. Padahal dah la bukan sebab
salah aku. Cuma pasport dan IC aku yang tak ada dengan aku masa tu, aku lupa
yang aku suruh kau pegangkan. ”
Imran tergelak. “Muka kau macam nak
menangis dah masa tu, aku rasa.”
PAP! Ditampar pantas bahu Imran. Shed
sendiri tergelak. “Memang lah, aku masa tu, dah la dah kena tahan dengan
imigresen sebab diorang ingat aku punya beg yang ada pistol tu. Plane
pula dah nak gerak masa tu, siapa tak cuak bila tiba-tiba aku tak boleh
buktikan aku siapa sebab IC aku hilang.”
“Heh. Memang kalut.”
“Ngeri.”
Terdiam sekejap. Meleraikan jeda nafas.
Imran memandang Shed. “Kalau kau dah
sampai AS baru kau perasan yang pasport kau takde?”
Shed menyudahkan senyum yang berbaki. “Aku
patah balik. Gila kalau pasport takde. Awal-awal tak lepas masa kat
imegresen tuh.”
“Tapi kalau kau tak perasan kau
tertinggalkannya?”
Shed memulas kepala, memikir. “Entah.”
“Kalau yang tertinggal tu, jauh lebih
penting dari pasport dan IC kau?”
Shed terus diam. “Depends pada kesan dan
akibat. Kalau memang aku kena ada benda tu, aku akan try patah balik dan ambil.
Or poskan ke.”
“Kalau yang tertinggal tu, diri kau?”
Hahaha. Shed tergelak. “Mana lah aku nak
tertinggal diri aku, padahal mestilah aku tahu diri aku kat mana.”
Imran tak menyambut tawa terlontar.
Shed menghentikan jeda tawa.
“Hati kau, Shed. Hati.”
Matahari rembang makin ke dasar. Kapas
awan sudah lama tenggelam dalam lipatan langit.
Ada satu benda mengetuk jiwanya
tiba-tiba.
Tersandar dia pada belakang tubuhnya
adalah tanah.
***
“Kadang kita berjalan terlampau sehingga
tidak sedar, Shed, yang kita tertinggal sesuatu di belakang lalu terbawa
bersama benda yang tak perlu dibawa ke depan...
Kadang, kita tahu kita sudah rasa yang
kita mampu berjalan, kita cuba untuk berlari. Bila berlari, laju sahaja kita
rasa. Kita rasa kita sudah bagus, Shed. Kita rasa, ok sahaja kalau tertinggal
benda tu.
Lalu, kita pun berlari dengan lebih
cepat, sebab dalam hidup ni, mana boleh lambat-lambat kan? Kita pun lari lebih
laju, dan kaki kita mula bertambah sakit.
Tanpa sedar, Shed, yang di belakang
makin jauh kita tertinggal apa yang patutnya bersama kita di depan.
Kita berlari, makin laju tapi kaki
bahkan makin sakit. Luka. Rupanya kaki melecet, Shed.”
Shed terdiam, menala pandang pada awan
di atas.
“Kita dengar orang cakap, kaki kita
mampu bertahan. Kita lalu melihat ramai sahaja orang lain lari bertelanjang meski
mereka juga tertinggal benda yang sama. Lalu kita meneruskan larian, Shed.
Tetapi, semakin lama, kaki kita semakin
sakit dan melepuh. Baru lah kau mahu turun, memandang kaki kau.
Baru saat tu, kau perasan, rupanya kau
tertinggal kasut kau di belakang.
Kan ke mudah kalau kau tak berlari laju
masa tu dan patah balik ke belakang, mengambil kasut yang tertinggal?”
Shed masih diam, berbicara bisu.
“Sebab kita malu, untuk patah balik,
Shed. Malu orang melihat, sejauh-jauh kita sudah pergi, apa perlu kita patah
balik semula?”
Dan Shed terasa ada kebasahan dalam
jiwanya.
Yang selama ini, tidak tersedar dia
kekeringan dan kehausan.
Ya, dia malu. Malu untuk patah balik. Dan
lama-lama, makin jauh dia meninggalkan apa yang dia tertinggal.
Dirinya.
Yang di dalamnya, hati dan ruh yang tak
terisi.
Lama berkepuk.
Dia larut hari ini, dalam keasidan jiwa
yang mahu kembali menambah konsentrasi OH. Untuk neutral semula.
Ada terasa sentuhan di bahu.
"Shed, aku cakap bukan sebab aku faham apa kau rasa. What's inside you, it's Allah who knows. Tetapi aku just nak cakap, aku tahu apa dah jadi kat kau. Dan aku harap, everytime you need me, I will be there for you."
- Kata Ibn Ataillah : “Ketahuilah, bahawasanya kamu mencari dan memerlukan dua perkara, sedangkan dua perkara itu tidak akan kamu temui di dunia ini, melainkan di akhirat kelak. Iaitu kesenangan dan kebahagiaan yang abadi.”
***
Michigan tenang di kekelaman malam yang
baru menampakkan muka. Sedang ada dunia manusiawi di bawah cakerawala langit
itu, bersemayam dan bertatih dinaungi semula rahmat.
Shed – Muhammad Shahid Aiman, mengangkat
diri duduk di atas rumput-rumput yang mula basah dengan wap.
Imran memiringkan mulut ke kiri. “At
least, beriman lagi kau dengan kiamat?”
Shed tersenyum.
Imran
bangun, menepuk-nepuk rumput kering terlekat di bajunya. “Kau nak duduk sini
lama lagi ke?”
Shed mengangkat pandang. “Maghrib, belum
solat lagi kan?”
Imran menyua tangan. “Ingatkan tak
teringat. Jom.”
Tangan dua sahabat bercantum. “Sekurangnya,
aku dah jumpa aku tertinggal. Dan aku nak ambil semula apa benda itu.”
Imran membulat senyum di muka. “Ulang
kat aku, kalau aku pulak yang ketinggalan.”
“InshaAllah. Oh, thanks bawak aku
keluar.”
Imran membalas sengih. “Cuma, lepas ni
kemas la rumah kau.”
Dan ada gema ketawa tergabung lewat
senja itu.
***
Post-sketch : لَقَد خَلَقنَا الإِنسٰنَ فى كَبَدٍ (Certainly We have created man to be in
distress.)
Manusia, tiada yang
senang, sebab dunia ini bukan tempat bersenang.
Susah ini, menekan mahu
kita kembali. Susah itu, diberi menyuakan Allah al-Qadr. Berkuasa.
Senang itu, membawa
pengharapan semula. Senang itu, diberi menyatakan Allah itu ar-Rahman. Sangat
penyayang.
Musafir.
Ps: Doa saya, apa pun jadi, moga Allah sentiasa ingatkan saya bila saya dah macam tersesar. Apa pun cara.
fuhh,..memang sastera habis,=)
ReplyDeleteentri yg menarik..,kdg2 kita dh laju,tpi tnpa sedar kelajuan itu merosakkan diri kita..
dan yg pling utama kdg2 kita rasa dh lju utk mmbntu Islam,tnpa sedar 'kita' yg merosakkan Islam,.nauzubillah..
sbb itu pntingnya utk mengikuti jalan para ulama,agar perjalanan kita insyaAllah sentiasa terarah kearah redha Allah,kearah kebaikan Islam,ulama pewaris nabi.(QS,Al-Fatihah:6),..(QS,alhujurat:7).,(QS,Fatir:28)
shafiraaa, setelah lama menanti, penantian yang tak sia-sia. sy suka cerpen ni. :)
ReplyDeleteterbaiiik!!
ReplyDeletesedap. okay aku retire macam ni haha
ReplyDeleteak xtahu tntg tknik menulis ni...yg ak tahu, ak merasakn yg ini benar dr hati...< ur sister >
ReplyDeletelove it...sangat bermakna..
ReplyDeleteCerita menarik....cuma perkembangan cerita blur sket....
ReplyDeletedan juga dialog tentang barang yang tertinggal pastu suruh shed amik balik tu kurang kemas...susah sket nk paham....mgkin bahasa yang tinggi saya tak mampu nk ikut
apa pun cerita pengajaran yang bagus
Zuliza : Nope, ni cerita dhaif je.
ReplyDeleteArif : Terima kasih atas komen dan cadangan. SAngat hargai pandangan. InshaAllah dibaiki lagi.
Uskutsilence, eiraabdullah, masyitah : kedatanganmu membahagiakan.
InshaAllah, menulis kerana keperluan.
Assalamualaikum. Hi there!
ReplyDeleteSampai.Simple.
Enough said. :)