Alice
Selepas baca bab-bab awal Robert Douglas Fairhurst pasal Lewis Carroll, aku jadi terdiam. Aku mahu menulis seperti Lewis Carroll menulis:
Disembunyikannya hal-hal dalam simbol-simbol
Disorok-sorok dunia sebenar dalam fiksi
Naratif yang mendalam
Aku cuba membunuh ketinggian cinta dan hubungan manusia untuk menjadikanku lebih jitu dan senang melupa hal-hal tak penting, tetapi ia kadang terlalu kegurunan. Perkahwinan, bahkan kataku pada adik-beradikku, adalah cuma satu praktikaliti; aku mungkin diterpa terjahan Szymborska sewaktu dia bilang:
"Let the people who never find true love keep saying that there’s no such thing. Their faith will make it easier for them to live and die."Aku rindu untuk menulis watak seperti Alice; bahkan Fai pun sudah hidup tercungap-cungap. Mungkin aku wajar dinasihat Pak HAMKA waktu begini.
Comments
Post a Comment