Jeda: Karung dan Tepung Berserakan

When I heard the learn’d astronomer,
When the proofs, the figures, were ranged in columns before me,
When I was shown the charts and diagrams, to add, divide, and measure them,
When I sitting heard the astronomer where he lectured with much applause in the lecture-room,
How soon unaccountable I became tired and sick,
Till rising and gliding out I wander’d off by myself,
In the mystical moist night-air, and from time to time,
Look’d up in perfect silence at the stars.
(Walt Whitman)

        
Unsplash picture by Guillaume Briard. 


Minggu ini penuh dengan hal-hal techne - projek penulisan teknikal (sarat dengan terma-terma dunia pemprograman), sambil mengedit laman sesawang - disebabkan cuti sekolah. Masih juga tewas untuk betul produktif dan masih mencari faham tentang duduk letak diri dalam suasana penuh tepung dan rambut di atas lantai peta tempatan (baca isu Jawi yang menyuguh perhatian tentang masih bertatihnya kita dalam memahami 'Malaysia' itu).

Tengah hari Jumaat, aku berjalan-jalan mencari buku, aku fikir dalam aku terinspirasi dengan filem-filem true story (sudah masuk tiga minggu maraton filem genre begini daripada The Help sampai ke Coach Carter minggu ini), aku sendiri masih tidak pasti siapa daripada masa lampau boleh memberi kesan yang sama untuk aku. Atau kita. Begitu kurang, mungkin. Jadi, aku putuskan untuk baca secara baik buku-buku tentang bangsa serta tambah koleksi buku-buku Malaysianaku; satunya agar tidak terlalu skeptik, duanya agar kita melihat realiti apa yang terjadi dengan pandangan yang murni(tidak jua terlalu optimis, atau terlalu kanan mahupun terlalu mahu bebas).

Dalam kita jatuh dalam keskeptikan tentang bangsa, kadang aku fikir adakah tangan kita sendiri yang menggelincirkan rasa jati diri kita yang patut dibina. Aku masih ingat mengapa aku memperlahan diri dalam dunia aktivis kerana banyak sikap meruntuhkan kadang-kadangnya, soal ini nampaknya masih belum halus ditarik rambutnya daripada tepung yang bertimbun.

Tapi jujurnya, ini soalan yang halus. Aku tidak fikir perlu bahasa perli untuk membahasakan apa kita rasa takut.

Aku jua sedar bahawa ketakutan kita ini mungkin kerana kita tidak kenal diri, siapa pun kita - Cina, Melayu, India, Kadazan, Orang Asli atau apa pun. Bukankah jika The Future is Asian, lalu kita perlu melihat ke dalam diri dan mengumpul sejarah kita - sekurangnya untuk peribadi, jika itu baru termampu?

Misalnya, aku tanya Abah, bagaimana orang dulu beli ikan di pasar di zaman tiada plastik? Abah bilang, "Dia orang guna karung lah. Mula-mula dibalut ikan tu lepas tu baru masuk dalam karung."

"Besar mana saiznya?" Tanya aku sambil tangan membilas cawan bersabun semasa itu.

Abah dengan menggerakkan tangan separas dada, "Adalah sebesar ini," macam saiz A4, begitu.

"Bukan ka karung tu keras, kasar? Kenapa tak guna brown bag macam kat luar negara?"

"Hah, itulah, brown bag tu kami panggil karung." Abah kunyah roti aiskrim.

 Beza bahasa dan tiada jambatan untuk ke masa lalu kalau tidak ditanya.

Shafira.
Malam di Sijangkang,
di telinga:
Call My Name (Sami Yusuf, 2019).

Comments

Popular Posts