Impian: Hub

The smiles that win, the tints that glow, 
But tell of days in goodness spent, 
A mind at peace with all below, 
A heart whose love is innocent!

She Walks in Beauty,
 (Lord Byron, 1813)

Les Vessenots in Auvers (Van Gogh, 1890)

Aku tak pernah tahu pun akan tiba satu waktu begini - yang akhirnya aku terasa tolakan untuk mempertahankan sesuatu kerana ia impian aku. Atau jika bukan impian, sesuatu yang aku ingin kerjakan dengan bahagia. Lima enam hari sebelum ini aku memang sudah bilang pada Nishot yang aku hanya mahu diolang-alingkan ombak kecil jiwa sampai aku rasa sudah tiba di pesisir. 

Aku hendak bina apa, kataku, beberapa hari ini. Apa yang aku ingin isi di tempat depan itu? Dan lebih daripada itu, apa aku mahu bina dalam hidup aku meskipun apa yang berubah dengan hidup aku? 

1. Aku ingin teruskan membaca - perlahan, aku akan menemui apa yang aku ingin cari; suaraku kah, atau cita-citaku kah. Baru ini, aku secara rawak pergi ke Pinterest dan baca senarai puisi yang dipetik dalam Dead Poet Society. Sedap juga. Ini, apa pun terjadi, tidakkan aku berhenti. Kemanisan membaca dan mengembara dalam fikiran ialah hal yang tidak bisa diganti dan dibeli sesiapa pun. 

2. Kedai depan itu, aku mahu bangunkan seperti TintaBudi tetapi aku ingin gabungkan dengan dunia teknologi. (Mungkin bak kata Bill Gates, orang yang malas akan mencari cara termudah dan akhirnya boleh menyelesaikan masalah). Aku malas memandu lagi, jadi, aku mahu teruskan dengan ConceptBoard itu, sekurangnya hanya perlu mengembara 2 kali sebulan sahaja untuk kelas. 

Untuk kedai itu, aku mahu ada ruang book-binding dan kertas-kertasnya; kemudian, ada juga ruang untuk buku, semestinya (aku terfikir untuk menjual juga sedikit); kemudian mungkin ruang kecil kafe teh (sebab aku tidak gemar kopi); dan beberapa meja serta kerusi untuk orang yang datang duduk. Mungkin aku patut buat sebulan sekali specialty night - contohnya, bakar-bakar dengan resepi istimewa dan menikmati udara kampung. 

Untuk kelas, aku buat beberapa kali kelas luar kelas, contoh di anjungku, kemudian guna papan putih kecilku. Dan ya, mungkin aku perlukan meja Jepun. 

3. Aku nampak ruang UX dan learning design untuk aku bangunkan. Peluangnya dengan YYData mungkin. Apa asasnya? Bagaimana design membuatkan manusia belajar - bahkan tanda jalan, papan tanda, apa lagi UI dalam applikasi dan laman web. Korporat, non-profits, bahkan juga jabatan-jabatan. Tetapi, soalan aku, apa skil yang aku perlu tumpukan dan apa gambaran besarnya untuk membantu masalah akar masyarakat kita sekarang? 

Aku akan tulis lagi nanti. Bateri mahu habis. 

Shafira. 

Comments

Popular Posts