Pasca vertigo
Pasca kelajuan hari-hari aku sejak World Startup Festival, Youth:CoLab dan JOMLaunch6, aku rasa aku mahu dengar suara sendiri. Aku cuba menulis di ranah lain, di Medium, di laman sesawang sendiri, namun, mungkin sirih akan selalu pulang ke gagang. Aku sentiasa rasa suara aku dan diri aku selesa di sini.
Aku perlukan ruang seperti itu - ruang yang aku tidak pedulikan sebanyak mana jaringan karier membaca atau apa ka dan melalui ini, orang kenal aku sebagai aku. |
| Gambar oleh Rye Jessen di Unsplash. |
Aku rasa sejauh mana pun aku menulis atau mencari ruang untuk menulis, ranah ini juga yang paling aku selesa. Ruang ini tidak melambangkan apa-apa selain ruang untuk aku menggunakan suaraku sendiri, bukan untuk karier atau mencari jaringan baru.
Kak Madihah berbual denganku di gagang telefon (telefon bimbit ada gagangkah?) beberapa hari lepas - dia menyuguh soalan: "Tidakkah aku catatkan di mana-mana semua pengalamanku?"
Aku sebenarnya rasa aku belajar banyak namun aku tidak pasti apa yang orang lain boleh pelajari. Aku terbiasa menulis tentang idea dan bercakap pun tentang idea, bukannya tentang pengalaman - apa lagi, aku rasa aku masih muda. Tapi, malam tadi, hampir mahu tidur, aku terlena semasa membaca The Knowledge: How to Rebuild Civilization in the Aftermath of a Cataclysm (aku baca buku itu dan masih skeptik terhadapnya, thought experiment nya tentang apa kita akan buat kalau dunia apokalips dan ada manusia survive) hanya selepas terpesona dengan kehidupan orang di dunia maya sampai aku rasa mahu muntah dengan diri sendiri - apa yang kita mahu kejar dengan kehidupan orang.
Manisfesto
Bangun-bangun, rupanya baru pukul 1 pagi, dan aku rasa aku tidak sihat dengan begitu kalau mahu melepas penat. Terus aku capai kertas dan tulis manifesto (teruk betul namanya).
1. Aku berjanji akan berusaha untuk solat awal
2. Aku berjanji untuk tidak mendedahkan diri dengan perkara tidak bermanfaat waktu sedang penat balik kerja (e.g. tatal Instagram sampai sejam dua)
3 Aku berjanji untuk berusaha ambil satu lagi langkah ekstra untuk siapkan milestone
Dalam buku The ONE Thing: The Surprisingly Simple Truth Behind Extraordinary Results oleh Gary Keller, aku belajar sesuatu yang praktikal untuk kita: untuk fokus satu benda dalam setiap aspek hidup. Ini lebih untuk dilakukan, contohnya (bukan contoh aku):
Aku rasa ini mudah dan untuk yang jenis suka ada infografik untuk habit tracker macam aku, boleh cuba HabitMinder, applikasi berikon merah di Stor iOs (untuk Android, aku tak jumpa yang seumpama ini lagi).
- Fokus satu benda berkaitan keluarga: mesti makan malam bersama keluarga
- Fokus satu benda berkaitan kerja: mesti siapkan kerja dan tak bawa balik rumah
- Fokus satu benda berkaitan kesihatan: minum air kosong satu botol 1.5 liter
- Fokus satu benda tentang jiwa: solat awal waktu/ baca sekurangnya 10 ayat Qur'an setiap hari
Aku rasa ini mudah dan untuk yang jenis suka ada infografik untuk habit tracker macam aku, boleh cuba HabitMinder, applikasi berikon merah di Stor iOs (untuk Android, aku tak jumpa yang seumpama ini lagi).
Dunia Startup
![]() |
| Gambar oleh saudara Fauzan Hisyam daripada muka Facebooknya. |
![]() | ||
| Gambar kenangan bengkel buat aplikasi di Dojo KL, penyampai saudara Hafiz Safie (AVANA) dan dianjurkan oleh NationBuilding.
|
Aku rasa ini benda yang aku cari untuk takah-takah baru hidup aku, namun, aku sedar titik tolak aku berminat dengan perkara ini adalah kerana minatnya aku tentang apa itu teknologi dan sejarah serta falsafahnya yang berasal beberapa tahun lepas lagi. Sebelum aku berselesa dengan World Startup Festival (dengan bootcamp pertama mereka di Webe, PJ) atau jua MaGIC-UNDP Youth: CoLab atau pun JomLaunch6, aku sebenarnya diberanakkan dengan buku-buku macam World Without Mind oleh Franklin Foer, persoalan tentang teknologi daripada gugahan Heidegger, buku-buku sejarah teknologi dan bahkan aku bermula lebih awal lagi semasa sesi bacaan sewaktu WISE Summer School pertama di CASIS dengan abang Aimran.
Kami membaca atau diperkenalkan, sebetulnya, kepada teks tentang sains dan teknologi oleh Prof. Syed Naquid al-Attas. Ujar abang Wan Aimran sewaktu itu, memetik teks yang kami pegang, "Teknologi umpama pisau", pisau itu alat; pemakainya menentukan alat itu akan melukakan atau membawa manfaat.
Untuk melupakan ini pada hari ini, adalah amat tidak wajar untuk aku. Aku diberanakkan oleh semua bacaan itu dan untuk terpesona segera (meski seketika, atau meski rasa belonged), aku seolah menjadi apa yang aku baca dahulu - terkena sumpah Prometheus. Ingat, Shafira, don't sell your your soul.
Teringat aku pada syarahan Prof. Wan Nor di CASIS tempoh hari sempena penutup Hikma Fellowship tentang kepentingan kita memahami Islam sebagai satu sejarah dunia - ini jarang kita lihat. Mungkin kerana kecenderungan kita semua yang sudah terbiasa dengan cara universiti kini mengkategorikan agama di bawah sains sosial sahaja, jadi Islam seolah terlihat suatu yang kecil. Cara kita bercerita dan seawalnya, melihat pada mata dan akal sendiri, yang Islam telah pun membuktikan apa yang dicatat dan dipelajari. Kita sudah membuahkan hasil pada beratus-ratus tahun bahkan kurun Nabi hidup itu sendiri kurun terbaik. Untuk tidak melihat ini sekarang atas di mana kita sekarang dalam kitar sejarah dunia, adalah suatu yang silap.
Kita merasa kecil sebagai Muslim atau jika pun kita merasa besar dengannya, kita belum dapat berkongsi rangka fikir yang sebenarnya menawarkan penyelesaian kepada tamadun moden sekarang yang boleh belajar jua daripada kita.
Jadi, apa yang dunia startup Muslim atau Malaysia boleh sahut daripada ini? Aku perlu fikir lagi. Nanti, mungkin aku boleh tulis sedikit tentang Prometheus itu atau jua 'techne' dalam istilah teknologi kita hari ini. Seperti mana 'sains' yang berakar daripada 'scientia' itu ada baggage depa, sebegitu juga 'teknologi'.
Mendewasa
Apapun umur kita pakai sekarang, sebetulnya, kita masih soul yang sama yang sudah bernyawa sejak hari pertama kita di dunia - aku berbual ini, secara kebetulan, dengan anak murid aku semasa berlatih kira matematik tentang umur. Betul, aku sudah hidup 20-an tahun - kalau kita ada suatu barang yang berusia 5, 6 tahun pun sekarang kita akan rasa "Oih, lama betul barang ini aku pakai".
Namun, diri kita? Dah pakai 20 tahun itu kira dah tua, macam umur kereta tua aku pandu, Nissan Sany tu. (Seronok pula tiba-tiba dapat sedar perkara macam ini semasa dalam kelas).
Cuma, aku mohon doa tahun ini agar Allah permudahkan urusan aku mencari teman (atau teman-teman) perjalanan hidup ini. Semoga Allah makbulkan doa daripada tadahan kalian. Aku mahu mendewasa dengan cuba membuat lebih banyak sebab berkongsi cita-cita membuka langkah lebih panjang ke depan - if you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together.
OST: I'm Your Hope (Sami Yusuf)
Shafira, Sijangkang,
26 September 2018.



Comments
Post a Comment