Untuk Karlsruhe II
Kata Gai Eaton, "One, sometimes, only needs one bridge to cross."
Kalau boleh diberi beberapa rumusan pasal hidup aku yang terkebelakang dua tahun ini, mungkin ayat ini memberikan impressi tentang tentangnya. Kalau sudah dikatakan aku telah teguh jambatan yang mana, mungkin tidak juga; tetapi untuk mengatakan yang aku langsung belum ada satu pendirian, aku menafikan juga hal ini.
Aku tidak tunggu sesiapa atau apa pun, sebab aku yakin kehidupan atas dunia ini, bila aku fikir-fikir semula (memang bab kepercayaan, bahkan bila 'ngaji dengan Baba Ali hari 'tu, disebut bahawa ada hukum akal yang perlukan kita berfikir lama dan mendalam untuk mencapainya), akhirnya dan seluruhnya, it is between one and Allah, finite. Mendapat sebuah kewujudan itu adalah satu nikmat tetapi ia juga satu hutang yang terlalu besar; akhirnya semuanya adalah tentang kau.
Apa kau jawab, apa kau respon, apa kau buat, apa kau fikir, apa kau baca, apa kau ada.
Hanya Allah yang tahu betul-betul dan disebabkan itu, meski aku tahu aku agak tak suka menegaskan keputusan aku, tetapi aku tahu aku ada keputusan itu dan jambatan mana yang ingin aku tuju.
"At the end of the day, we realize everyone has their own journey."
Aku tengok kawan-kawan aku yang rapat (dan 'rapat' daripada segi persamaan minat juga) dan aku fikir, dua tiga tahun ini, adakah aku pernah terfikir hal-hal yang telah terjadi ini akan terjadi dahulu? Aku tak pernah terfikir jalan-jalan yang mereka telah ambil hari ini, apa lagi di masa akan datang.
Aku tak pasti jambatan mana yang mereka akan ambil lagi nanti tetapi aku berharap, kita semua nampak apa yang sebetulnya akan tinggal kekal di hujung jalan nanti.
Shah Alam.
030515.
Untuk Indigo,
Selamat tinggal.
Comments
Post a Comment