Sebelum 1 April hari tu

Mak aku selalu risau kalau aku buka buku pagi-pagi; tandanya aku akan tak bergerak daripada duduk dan akan buat kerja rumah (vakum ruang rumah, lipat baju, cuci pinggan, buang sampah, sidai pakaian, basuh tandas dan lain-lain) lambat.

Ada satu hari, Mak aku geram, dia pun mula punggah keluar barang yang aku kena kemaskan (barang aku sendiri pun) daripada bakul ke lantai. 

"Lah, kenapa Mak keluarkan?"

"Kau tu, kalau dah pegang buku, mana nak berganjak. Siapkan kerja dulu, baru baca buku. Baca buku tu kan hobi!"

Hobi? "Baca buku bukan hobi; buat kerja rumah: hobi."

Mak mengerut. "Kerja rumah tu keutamaan; baca buku nanti-nanti boleh."


Untuk takah aku, hari ini dan pada usia ini, aku harus harung kelewahan dan renyah-renyah hal biasa agar yang rutin 'ni tak lagi ganggu aku (sebab aku boleh buat tanpa rasa beban sebab dah macam automatik) dan waktu itulah, aku pula sudah sedia biasa fokus untuk urus fikiran aku untuk hal-hal besar. Aku harus harung yang sebelum nampak general principles, aku akan selalu tersangkut dengan jargon dan fakta-fakta huraian: maka, aku kena bersabar mengharung jua dan kelaskan dalam kepala.

Aku harus harung juga rasa cepat putus asa, apa lagi, apabila ilham atau idea-idea tidak tiba-tiba: maka, teruskan pembacaan sebab selalunya poin-poin baru ditemui setelah kita sabar meneruskan itu. Samalah dengan kes aku dengan kajian pasal teori evolusi 'ni: aku nak mencari hala nak kaitkan macam jala sedangkan kat bawah muka laut 'tu, aku tak pasti ada sotongkah udangkah atau apa.

Harung sahaja hari ini dengan sabar, harung!

Comments

Popular Posts