Satu sisi
Kita berdiri atas satu kapal.
Kita berdiri, langsung tidak bergerak ke kiri mahupun ke kanan. Kapal pula bergerak ke depan.
Lalu, bisakah dikatakan ada orang melihat kita itu berdiri, ia sebut 'kita sedang berhenti dan berjalan'?
Ini soalan yang ditanya oleh pelajar Shaykh Faraz Khan sewaktu dalam kelas 'Jawharat al-Tauhid' tulisan Shaykh al-Laqani, Sabtu lepas. Menarik, sebab awalnya, pelajar itu menanyakan tentang bayang-bayang daripada cahaya mentari.
Kalau bayang-bayang itu terhasil daripada mentari yang bergerak, mustahil bayang-bayang itu statik? Tetapi kita lihat ia statik dan tidak bergerak?
Menarik sungguh. Daripada soalan ini, Shaykh mengulangi 'hukum aqal' ada tiga:
1) Wajib. 2) Mustahil. 3) Harus.
Yang wajibnya untuk aqal terima, ada satu keadaan sahaja: Berhenti atau bergerak. Mustahillah untuk aqal itu menerima satu benda itu bergerak dan berhenti dalam waktu yang sama.
Poinnya: Pada satu perspektif. Pada satu sisi.
Sewaktu kita menggunakan aqal menghakimi, sisi mana kita guna?
Subhanallah, ini satu kaedah yang hebat. Tadi bila berbincang dalam mesej Facebook, aku sebenarnya selalu jadi bingung untuk bagaimana melihat satu permasalahan? Teringatkan kelas Living Link 'Jawharat al-Tauhid' ni, aku macam nak sujud syukur.
Sisi mana aku melihat satu masalah ni?
Allahu akbar.
Comments
Post a Comment