Matematik dan yang Rawak-rawak
Dalam matematik.
Dalam Biostatistik (dalam Matematik), kalau nak cari 'average' atau purata, nilai yang terlalu besar atau terlalu kecil akan mempengaruhi 'average'.
Nilai dalam purata, dipengaruhi dan bukan mempengaruhi.
Kalau graf tu dalam bell-shaped curve, maka akan jadilah nilai purata tu bagus, tinggi. Kalau dapat duduk dalam skew-to-the-left punya graf, nilai purata akan tergantung nilai data yang lain dalam set.
Menjadi 'average'. Nilai kita relatif ikut majoriti.
Tapi tak kata, salah ikut majoriti.
Lagi satu, kalau nombor terlalu besar atau terlalu kecil daripada majoriti, akan dipanggil sebagai 'outliers'.
Ini hukum matematik.
***
Hari tu, pi Perpustakaan Negara Malaysia. Lambat pulang buku tetapi lupa nak bawa IC. Jadi, masa nak kena bayar denda, kena tegur kakak pegawai tu, "Kenapa tak bawa IC? Lain kali bawa, ya." Mata dia macam menjengil juga.
Tapi disebabkan kekecohan kat kaunter tu, makcik sebelah aku yang dapat pinjam banyak buku lebih daripada kuota (kuota pinjam buku daripada PNM hanya tiga buku) pun tegur aku.
"Pelajar kah?"
Aku angguk. Kemudian, adalah berbalas-balas bual dengan makcik tu, tanya itu ini. Rupanya, dia pensyarah UiTM. Patutlah boleh dapat pinjam banyak sampai dua plastik penuh.
"Belajar apa?"
"Bioinformatik. Makcik, erm, Puan ajar apa?"
"Forensic accounting." Kemudian, entah bagaimana berpanjangan juga perbualan kami sampai masuk tips temuduga dan aku pun tanya pasal industri, bagaimana mahu tahu keperluan industri dan soalan-soalan berkaitan. Aku pun ada memberitahu yang aku lagi suka industri sebab aku tak suka kajian sains dalam universiti. Sebetulnya, aku tak suka kajian dalam makmal di mana-mana pun. Aku lagi gemar kerja-kerja pembangunan sistem komputer. Buat program dan kod-kod.
"Kamu tahu, sekarang ni company tak pandang sangat pointer kamu." Katanya lagi, "Dia nak tengok idea kamu. Contoh, untuk bidang kamu ni, software ni boleh pergi banyak benda. Ni, kamu tengok PNM ni, sistem telefonnya kamu boleh tengok betapa kurang cekapnya. Hah, apa kamu boleh sumbang untuk perbaguskan?"
Idea.
"Ni hah, mesin U-Pustaka ni, mana boleh pulangkan duit."
"Boleh pulang duit, cuma, kena dalam bentuk Touch-N-Go."
Makcik tu terus ja sambung dengan cerita hal-hal lain. Aku pun dalam kepala dapat idea baru tentang bagaimana nak lihat keluasan daripada apa kita belajar.
"Kalau di hospital, makcik? Macam mana idea untuk sumbang dengan ilmu komputer ni semua?"
"Kalau di hospital di UK, Canada, diorang ada sistem dalam komputer untuk simpan semua data-data kesihatan pesakit ikut sejarah kesihatan mereka, apa jenis makanan boleh makan."
"Oh, simpan data tak dalam fail-fail manual macam di Malaysia?"
Makcik tu angguk. "Ya, ha'ah. Tapi cabarannya, kalau tak ada elektrik, tak dapat nak akses semua data dalam sistem."
Idea lagi. "Oh, kena ada satu cara juga bagaimana nak akses database tu kalau sistem down."
"Ya, macam tu. Banyaklah lagi. Tapi yang penting, kena selalu perhati. Tengok. Industri ni memang perlukan skil-skil macam kamu belajar ni."
Dan aku senyum, sebab aku bukan setakat nak jual skil aku sahaja.
Aku nak jual idea aku. Yang original.
Dan idea inilah yang bukan sehari dua untuk dapat. Pemerhatian, bacaan, pengalaman, pergaulan. Dan tiba-tiba aku rasa, belajar falsafah, pemikiran ni semua mana sia-sia untuk masuk industri.
Ah. Nikmat daripada Tuhan.
***
Pernah Prof Zainiy Uthman cerita masa dalam kuliah syarahan buku 'Islam and Secularism' di Dewan Jumuah, UTM tentang budaya di Oxford.
"Setiap kali waktu rehat dan waktu makan di Oxford, para professor ni akan keluarkan hasil tulisan mereka atau karya sastera mereka. Dan mereka akan berbincang tentang idea tersebut sambil makan. Meski mereka adalah professor."
Idea tak lahir dengan duduk termenung kosong. Apa-apa yang dibahagi dengan kosong adalah undefined.
Tukang kebun yang hari-hari kutip buah epal, kenapa tak dapat keluarkan teori grafiti semacam Newton apabila epal jatuh ke kepalanya?
Persediaan. Itu kata Dr Zaidi Ismail masa kelasnya.
Kena ada persediaan yang sepatutnya.
Dan aku teringin suasana macam di Oxford tu. Ah.
"Makin aku jadi tahu, makin aku tahu betapa aku tidak tahu."
Rawak.
Buat simpanan.
Comments
Post a Comment