Konfeksi Muhasabah : In case kau terlupa
Pre-konfeksi : "بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ " Dengan namanya, yang Maha Segala Hebat Pengasih pada Semua dan Penyayang pada Hamba-Nya yang taat.
Jika benar kita tahu kasihnya Allah, apakah ruang kasihnya itu mampu terganti?
Ini cerita dari saudara kepada saudaranya.
Betapa, aku katakan bukan kerana benci,
Tetapi sayangku padamu.
***
"Bukan aku tidak mahu menerima kau, tetapi perbuatan dosa kau."
Jika benar kita tahu kasihnya Allah, apakah ruang kasihnya itu mampu terganti?
| Ah. Dua cinta ini. Bahkan lebih. Cinta itu datang dari yang Satu Esa, mengapa memisah tanpa sedar? Oh, in case terlupa. |
Betapa, aku katakan bukan kerana benci,
Tetapi sayangku padamu.
***
Dia kawan aku. Sahabat bagi aku. Meski bukan selalu aku bersamanya, tetapi
disebabkan aku sebumbung dengannya di rumah penginapan pelajar, aku sendiri
seolah bahunya melepaskan bebanan dan telingan yang ditadah untuk berkongsi
cerita.
Pelbagai cerita. Hal pelajarannya yang kian hari semakin membagus, hal ibu
bapanya yang kadang berhentam dan berbaik, hal kewangan, hal sakit badan dan
kepala, hal ... banyak perkara yang dibincang dan dikongsi. Hal negara dan
global juga kiranya.
Termasuk cerita itu.
Cerita yang mahu dicerita ini.
“Nah, air dah siap!” Depan mata, terhantar satu mug air berbau pekat, warna
coklat cair. Serta merta, hilang suara dari mana tadi berbisik mahu bercerita.
Faiz Haikal duduk di sebelah, setelah mug berpindah tangan. “Jauh berfikir?”
Farhan, tersengih. “Ya, masalah negara.”
Air dihirup perlahan. Faiz menala pandang pada teman di sebelah. “Kau
nampak berahsia akhir-akhir ini, Han. Ada kau sembunyi apa-apa dari aku?”
“Masalah negara, bukan semua patut tahu.”
KELETANG. Mug diletak atas meja. “Ceh, main tarik tali dengan aku. Ceritalah..
.”
Farhan membengkok senyum yang lurus. “Nantilah, one fine day...”
Bahunya ditepuk perlahan. Berkongsi senyum, dan terus menghabiskan minuman.
Faiz dengan sekali teguk, menghabiskan isi di dalam mug. Tersandar badannya di
belakang, menghadap kerusi.
“Alhamdulillah, sedap jugak pekena kopi susu malam-malam macam ni, Han. Okey
tak aku buat?”
Farhan perlahan mengangkat ibu jari keluar. “Lulus.”
“Lulus lah nak kahwin?”
Farhan tersengih lagi. Lulus dengan syarat manusia. Harapnya lulus juga dengan
syaratnya Tuhan.
***
‘Aku tak pernah rasa macam ni. Seumur hidup.’
‘Aku tak pernah rasa macam ni. Seumur hidup.’
‘Aku nak jaga dia baik-baik, Han. Kalau boleh, aku nak dia sah untuk aku.’
‘Kau doakan tahu, aku dengan Farah. Aku akan jaga dia baik-baik.’
Namanya Farah. Farah Adlina binti Rasydan. Pelajar sama umur dengan mereka,
cuma bukan sekelas. Dan Farhan sendiri hanya kenal cik Farah itu dua minggu
lepas, setelah Faiz membuka cerita.
Itu pun setelah sekian lama sebenarnya disorok daripada timbul di
permukaan.
Sejak itu, dia mula melihat. Melihat perubahan Farhan yang sedikit demi
sedikit positif.
Dia teringat saat pertama mereka bertemu di rumah 7205 dulu, bukannya sama
seperti kini. Faiz, seperti manusia lain yang baru memulakan pengajian dan menyantuni
kehidupan selaku mahasiswa, dengan beberapa masalah peribadinya yang menimbun,
oh, nyata berbeza dengan dia hari ini.
Melalui usrah, melalui majlis-majlis ilmu dan melalui persekitaran yang
baik, Faiz dan Farhan keduanya berusaha menjadi manusia lebih baik. Melazimi
solat jemaah sekurangnya solat Maghrib dan Isyak, membaca Ma’thurat di fajar
dan sore, dan cuba memaknakan Muslim.
Muslim. Oh, sakit kepala Farhan memikir. Tidak mampu dilelap mata, dengan
sarat fikiran berfikir itu dan ini.
‘Kalau kau bukan sahabat aku, teman serumah aku, aku tak serisau ini, Faiz.’
Dia mengiring ke kiri, berpindah arah. Di depannya, Faiz sudah nyenyak
berdengkur di atas katilnya.
‘Tapi Farah bukannya calon yang tidak baik. Aku rasa sepadan dengannya.’ Tingkah
hati sebelah lagi.
‘Argh. Apa aku fikir ni? Kau merelakan sahabat kau sendiri?’
Hatinya berlawan lagi. ‘Apa, berdosa besar kah apa yang mereka buat? Mereka
bukan berpegang tangan, dan aku rasa, takkan lah jatuh iman Faiz nak buat
perkara buruk macam tu?’
Pantas, bahagian hatinya menolak dakwaan. ‘Farhan, apakah hanya namanya
dosa besar sahaja masuk neraka? Apakah kau yakin, manusia akan maksum, sangat
pasti tidak berbuat dosa?’
Bahagian hati yang sebelahnya terdiam.
‘Farhan, agak-agak kau, apa pandangan Allah dengan mereka?’
Farhan terdiam. Bermusyawarah dengan hati sendiri. Dia tahu Faiz tidak
pernah lewat solatnya. Dia tahu juga, rumah dan bilik juga cantik berkemas,
jarang bersepah.
Dia tahu juga, persis seorang Faiz bukan buaya darat mahupun tembaga. Bukan
lelaki yang tidak tahu usul tanggungjawab dan amanah. Soal hati dan perasaan
untuk dijaga.
Dia tahu juga, dengan Faiz rapat dengan Farah, perempuan itu mula
melabuhkan dan melonggarkan pakaiannya lagi. Farah sudah mula menggeluti majlis
ilmu dan bertanya soal agama.
Sekurangnya, ada baiknya.
Hatinya memintas. ‘Ada yang baik, tidak menafi dosa yang buruk.’
Farhan menghempas badannya ke atas tilam, benar-benar berbaring
menelentang. Ya, syarat amal diterima ikhlas dan mengikut apa Allah gariskan. Apa
kiranya solat tetapi bertudungnya tidak? Apa kiranya tidak berpuasa tetapi
bersedekah selalu?
Dipandang lagi Faiz di depan. Sahabat, kalaulah kau tahu sayangnya aku pada
kau.
‘Apa pandangan Allah pada mereka?’
Dan malam itu terasa lambat sahaja melabuhkan pagi.
***
Suara Faiz dari tingkat atas bergaung turun ke tingkat bawah. Sahabatnya itu
sedang menuruni tangga dengan tangan sibuk memegang telefon, menjawab panggilan
mungkin. Farhan pula di dapur, menggeledah peti ais mencari jika ada yang
menarik untuk diisi perutnya.
‘Kalau ada apa-apa, bagitahu Izz. InshaAllah, Izz cuba tolong.’ Suara Faiz,
di hujung talian, sambil membahasakan dirinya ‘Izz’.
Farhan meletakkan bungkus roti di atas meja, sambil cuba menangkap butir
bicara Faiz dan Farah. Selalunya, memang Faiz ringan tulang untuk membantu
Farah apa pun jua. Dahulu, Farah pernah kehilangan beg dan segala isi di dalamnya,
maka Faiz lah yang terawal yang ada mencari dan membuat laporan.
Saat Farah dan Faiz habis berjumpa, Faiz akan berpesan supaya berhati-hati
dan jaga diri.
Jika ada keramaian, selalunya mereka boria berkongsi warna baju yang sama. Ya,
sepadan.
Dan, sebenarnya hujung minggu sahaja mereka cuba keluar makan bersama, itu
pun jika tidak dengannya (Farhan), mereka berteman dengan Johan, Hani atau Sam.
TEEET. Panggilan tamat. Faiz duduk di hujung meja, menghadap sahabat
serumahnya.
“Aku puasa hari ini. Kau makan sendiri lah nanti tengah hari.”
Farhan mengunyah roti di dalam mulut. “Buka dengan siapa?”
Senyum. “Farah puasa. Nanti aku gi teman dia berbuka dekat Pak Ji. Ikut
sekali?”
Berfikir dua kali. Tiga kali.
Menggeleng. “Sorry, aku ada hal.”
Dan hari ini, seorang Farhan tewas untuk bersabar seperti selalu.
***
“Dah solat?”
Faiz memusing kepala ke belakang. “Dah, tadi.”
Disarung kasut coklat kulit itu ke kaki, ditarik dan dikemaskan. Tingkahnya
diperhati oleh Farhan. Lalu, barang dua saat kemudian, Faiz membuka langkah
keluar dari pintu rumah.
Terngiang di telinga, berdengung cerita pagi tadi.
‘Farhan, aku
nak tanya sikit, boleh?’
Abang Zain di
depan. ‘Kenapa?’
‘Betul ke Faiz
dengan Farah, sekarang ni?’
Matanya terasa
mengecil. Terkejut dengan pertanyaan terus. Petang yang dingin, terasa
membahang.
‘Orang ramai
dah bercakap pasal dia. Kita kena tegur. Hari tu, aku ada berdehem sedikit masa
terserempak dengan dia orang. Mungkin cara aku tak berkesan sangat. Tu aku
ingat, mungkin kau yang patut tegur. Kau rapat dengan dia.’
Farhan menelan
air liur yang tiada. ‘Sedang dalam proses.’
Abang Zain
tersenyum pahit. ‘Baguslah. Aku kenal Faiz, dan aku taknak lah dia buat benda-benda
tak patut. La taqrabuz zina.’
Ingatannya pergi selepas singgah.
“Aku rasa, aku kena tukar soalan.”
Kening Faiz bercantum mendengar kata-kata Farhan.
“Hmm.. ko betul-betul ke dah solat?”
Kening Faiz makin rapat berhimpit. “Aik, kan ko sendiri nampak aku solat. Kita
kan berjemaah Zohor tadi.”
“Sebab tu aku tanya, betul ke kau
dah solat... .”
Faiz berkerut.
“...sebab Allah kata, kalau kita ni betul solat...”
Tangan Faiz di ambang pintu bercantum dengan tangan Farhan. “...solat akan
jaga kita, dari buat fahsya’ wa munkar.”
Fahsya’ wa munkar – perkara sia-sia dan yang dibenci Allah.
Serasa sesaat dua, tiada bunyi bersahut antara mereka.
Tangan Faiz kebas dalam pautan Farhan. Meski bukan jarang mereka bertepuk
bertampar, berlaga kulit dan isi dalam segala acara, namun kali ini sentuhan
Farhan terasa lain.
Bertambah kebas, adalah jiwanya. Seolah terhenti berdenyut.
Farhan memandang Faiz. “Aku minta maaf, kalau kau terasa. Aku cuma
sampaikan, in case kau terlupa.”
Serasa lagi, ada jeda pada masa yang menelan konversasi, daripada menjadi
seperti selalu. Faiz terdiam, tidak tahu membalas. Diangkat semula tali beg
kulit yang sudah melurut turun ke bawah bahu, dan dicapai tangan satu lagi
memegang bahu Farhan.
“Aku harap kau stand beside me, when people down with me.”
Farhan tersentak.
“Aku ingat kau tak termakan dengan kata-kata orang. Aku ingat, kau akan
sokong aku. Apa dah jadi dengan kita? Sinisnya kau tidak mahu menerima.”
Dan cantuman tangan tadi berserak, sambil Faiz turun dari tangga menghilang
dan terus pergi.
Entah hati siapa yang terluka.
Dia yang kononnya mahu menegur dan itulah yang dia berbuat tadi.
Atau Faiz yang terluka dengan retaknya katanya tadi?
***
Buku Kimia terbongkang di atas meja. Soalan equilibrium yang Farah tanya
tadi cuba dijawab bersama. Sudah seminggu berlalu, dan dia cuba menyejukkan hati sendiri. Dia sayang Farah, kenapa tiada orang yang faham? Dia tidak sentuh, keluar pun berteman, sama-sama membaiki diri, oh, cara apa lagi tidak kena?
Hari ini, dia berbincang dengan Farah untuk persediaan quick quiz nanti.
“Kalau pressure increase, Kp tak berubah, dan equilibrium will
shift to the side of less concentration of mole.”
Farah mencatit di atas kertas, mengisi ruang kosong pada garisan jawapan. “Oh,
kiranya bila volume increase, pressure decrease, so the equilibrium will shift
to... to the side of higher concentration of mole, lah? Ok, Alhamdulillah dah
faham.”
Faiz terus memandang nota berwarna warni milik Farah. Dia tidak
lagi menceritakan kisah hari itu pada Farah, meski sudah seminggu berlalu.
Seminggu juga kurang ditegur sapa sahabatnya. Seminggu juga dia makan sendiri sarapan pagi yang selalunya berteman. Ah.
Mengabaikan rasa hatinya, disambung
bacaan pada nota tadi.
‘Manusia ni kena bersederhana. Wasatiyyah.’
Suara Farhan tiba-tiba tercampak keluar dari ingatan. Berdengung suara
sahabatnya, sewaktu mereka baru mengulangkaji tajuk equilibrium minggu-minggu
lalu.
‘Allah ajar wasatiyyah ni, macam equilibrium. Kau tengok. Tengah-tengah ada
anak panah, membahagi bahagian kiri dan kanan.
Bila satu berubah, equilibrium will shift to other side to revert the
change to original value back.
Satu bahagian ialah rohani untuk jiwa kita. Yang sebelah lagi jasmani untuk
luaran kita. Kalau ada elemen wasatiyyah ni, kita akan ada check and balance,
adakah betul hidup kita seimbang terisi.’
Dan Farhan terbungkam sendiri di situ.
‘Tapi manusia selalu lupa, untuk seimbangkan. Sebab yang jaga equilibrium
tu, adalah diri sendiri. So, kalau kita terlupa, takut kita tak ter-shift the
equilibrium...’
Farhan menyambung,’..back to original value.’
Original value = fitrah. Fitrah adalah suci. Benda yang Allah datangkan
sebagai hadiah.
Fitrahnya dia, kepada perempuan yang baik untuk dijadikan teman.
Namun lupanya dia, fitrahnya yang satu lagi senget tidak terisi. Banyak
masa, banyak perkara, dan diutamakan adalah Farah. Sebab mengikut firasat
sendiri, dia sendiri mahu memiliki Farah, namun dia terlupa.
Fitrah ber-Tuhannya.
Fitrah menghambanya.
Ada sesak dalam sendi dan rongga. Faiz mencongak sendiri ketukan pada diri.
Apakah ini jalannya, mengisi fitrah hati pada Farah untuk mengisi fitrah
menghamba pada Tuhannya.
Terdiam. Oh, dia benar terlupa.
Oh, Farhan sendiri terasa hatinya tercucuk.
Suara Farhan terngiang. ‘Aku cuma sampaikan. In case kau terlupa.’
Dicapai beg di sebelah.
***
Pintu bilik terselak. Ada wajah yang sudah seminggu basi daripada kemesraan
biasa.
“Kenapa baru hari tu, kau mahu mengingatkan?” Suara Faiz.
Farhan memanah pandangan masuk ke dalam mata Faiz. “Aku minta maaf. Aku
takut kau terasa.”
“Padahal aku terasa juga, kan? Lagi-lagi yang menegur pun setelah aku kena ‘bahan’
dengan orang, kena pandang semacam?”
Terkehel urat leher Farhan. “Aku minta maaf.”
Faiz mengambil tempat di sebelah Farhan. “Ingatkan aku, in case aku
terlupa.”
“Aku kan sayang kat kau.”
“Tapi kau terlebih sayang! Takut nak menegur. Aku tak sedar dulu.”
Farhan menggamit tangan Faiz. “Faiz, aku nak tegur kau bukan semata dalil
la taqrabu zina, walaupun memang ayat itu ayat hukum mencegah manusia dari
perbuatan tu. Tapi ada ayat lain yang aku nak kita faham.”
Kening Faiz terangkat. Ada lain?
“Bismillahir rahmanir rahim.”
Faiz memandang Farhan.
“Kalau kita sedar betapa kasih sayang Allah, sampaikan Dia bagi fitrah kita
untuk menyayangi dan membalas sayang itu, kita akan tahu siapa diri kita, Faiz.
Sampaikan, Allah memberi kasih sayang-Nya, padahal manusia mungkin memberi
semula kasih sayang itu bukan selalunya pada Dia.”
Dan itu baru permulaan kembalinya manusia.
Post Konfeksi :" اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ" Kepada Engkau ya Allah kami menyembah (segala kehidupan, nyawa harta dan segalanya) dan kepada Engkau kami meminta pertolongan.
Lafaz cinta, saban hari kita sebut,
"Eh Eh, ada rasa tak kat hati? " Allah..
*Musafir hamba.
Sahabat, konfeksi dhaif dari hamba. Diharap penuh hikmah. InshaAllah.
'La tahdi man ahbabta'. Kita usaha, beri hidayah kerja Allah.
Allahu a'alam.

Allahu Allah..sgt bermanfaat shafira.. :))
ReplyDeletemasya Allah.. sgt bermanfaat.. fira memang berbakat besar ni.. teruskan usaha ya.. :) salam rindu dr bayt ridharfah..
ReplyDeleteMasyaAllah. Love this.
ReplyDeleteserious terkesan.
bukan isi cerita ni, tapi cara ia dismpaikan. Mcm mna nak incorporate science yg kita blaja dgn agama.
Subhanallah. Tak terfikir how nak gabungjalinkan those things.(lwk gila ayat aku)
Satu lagi,idea..how nak nasihat kwn kita sendiri. how nak tegur and yet not appear sinis, and sombong.
Alhamdulillah. Good work. Jgn stop eh. Buat lagi!! =)))