Dan dia lautannya

Seorang lelaki membebaskan diri 
untuk menyempitkan pilihan.
Seorang perempuan menyempitkan pilihan
untuk membebaskan diri.
(Zurinah Hassan, Suatu Percakapan Singkat)


The Seine at Port Marly (1872) oleh Camille Pissarro

Di terminal pelepasan - kau ingatkah mimpi itu, Shafira? Dengan bergalas beg, dua keretapi berlimpasan laju ke kiri dan ke kanan engkau - dan engkau hanya di terminal - tidak tahu ke mana. 3 tahun kemudian rupanya ia menjadi realiti, tetapi bukan tentang keretapinya tetapi tentang engkai: engkau yang termangu dan memutuskan untuk menunggu di terminal pelepasan. Biarlah kalaupun keretapi ataupun orang mahu ke sana ke mari, tetapi engkau mahu duduk di terminal lagi. "31 Ogos nanti kita akan merdeka", kata engkau. 

Kau tidak begitu; selalunya, kaulah yang pertama akan naik keretapi, kejar keretapi untuk pergi dan meninggalkan - itu adat engkau. Apa yang engkau tunggu: ini balai pelepasan, tiada siapa akan tiba di sini. 

Aku mahu menikmati semua limpasan di depanku: sewaktu dia ada di sebelahku; sewaktu dia yang mengejarku "Tengok, kamera tu lagi laju daripada Flash"; sewaktu dia bergenang dan bercerita; sewaktu dia membungkuskan ubi kentang gorengku di Serai atau pinggan Dim Sum aku di Uptown; sewaktu dia pertama kali dan yang pertama mengungkapkan "i really miss you. I really miss your being"; 

His being. 

His being itu aku rindukan juga tetapi tidak berat kat hati ini. Dia semacam angin? Kalau memang akan berlalu, perasaan itu akan dibawa pergi sendiri; aku tidak memerlukan terminal apapun untuk melepaskannya. 

Tapi, kau tahu, aku juga duduk di terminal dengan mimpi dia: mimpi dia mahu ke bulan; mimpi yang sepenatnya bekerja dan aku pertama dia lihat di pintu dan menghilangkan penatnya; mimpi di meja makan kita potpet entah apa; mimpi di garaj berkecah bersepah dengan segala macam alat;

Juga, mimpi yang kita akan banyak lagi bersenyap tetapi membaiki semula; mimpi yang saat resah tetapi kita mencuba juga - sebetulnya, aku tidak tahu apakah ini betul, tetapi hati aku tak pernah mahu menunggu begini lalu apa salahnya untuk kali ini? 

Kalaupun aku mahu berlepas, aku mahu berlari masuk ke taman: keindahan yang terkawal; kecil; tidak bisa sesat - dan kau akan menemukan aku di situ. Tidak menunggu tetapi separa-menunggu; separa-menunggu sambil berjalan. 

Bukan lagi 'hutan', atau 'semesta', atau 'lautan': aku sendiri tidak tahu apakah aku akan kuat berjalan di situ; tetapi dalam perjalanan sekarang, aku cuma mahu berjalan di taman; dalam keindahan yang aku sudah tahu cantiknya. 

Aku baca semula Monet. Mataku menikmati semula lukisan pastel minyak. Mulalah aku menerawang ingin bebas berkarya (falsafah + buku berat + lukisan comel, "studywithsha"): aku penat untuk memutuskan. Aku hanya ingin Tuhan bawa aku kerana Allah tahu hati aku. Allah tahu masa depan aku - dan itu tertakluk atas niat aku hari ini. 

Camille Monet on the Deathbed: sepatutnya itu awal lukisan yang aku ingin letak di atas. Tapi ia nampak terlalu dingin: kaku semati bekas isteri Monet itu. Aku menulis ini selepas R membalas mesej WhatsAppku dengan perkataan

'Together' di dalam ayatnya. Aku baca beberapa kali perkataan tu; macam tidak berpijak di Bumi; keawangan. Kalau dia asam dan aku garam, bertemu di kuali itu kini masih di tengah proses yang mana. Cuma Together tu mungkin memberi sedikit nafas lega pagi ni (sudah bolehkah?)

Takkah kau rasa gila bagaimana seorang manusia asing (ajnabi) boleh ubah helaan nafas kau? Tapi buat pertama kalinya, aku rasa aku tak mampu menangis melainkan aku mahu semasa dengan dia: I dont know what's the logic for this, but I don't need logic to protect me here - I want to just be; kerana itu siapapun tanya, aku jadi amat payah hendak menjawab; tangisnya pun sesaat macam itu saja - it hurts differently - there's no wave because I know this sea was a calm sea before; 

He shows me how to be with the wave, until the wave become so still; even now when it supposed to be huge wave, I am (at least I am) a whale, not anymore a small timid person like before; I can swim through the ocean with the wave. 

أَوۡ كَظُلُمَٰتٖ فِي بَحۡرٖ لُّجِّيّٖ يَغۡشَىٰهُ مَوۡجٞ مِّن فَوۡقِهِۦ

"Or [they are] like darknesses within an unfathomable sea which is covered by waves, upon which are waves, over which are clouds - darknesses, some of them upon others. When one puts out his hand [therein], he can hardly see it. And he to whom Allāh has not granted light - for him there is no light." 

Tapi sepanjang-panjang ini aku tulis, hal yang sebetulnya aku mahu ungkap sebenarnya amat pendek: 

“Aku rindu dia” 


Shafira. 

0703 AM. Sijangkang. 


Comments

Popular Posts