Jeda: Sebelum Pergi 2020
Seperti lukisan Dutch Proverbs, mungkin, hidup ini pada skala mikronya ada banyak cerita. Pada skala makro, yang ternampak adalah manusia-manusia serta kepalanya dan suasana di sekitarnya.
Susah, itu perkataannya - adakah aku balik ke titik nol tentang kesendirian aku?
Aku nak jawab "Tak" tetapi sebenarnya masih tak pasti. Aku macam belum betul tenang.
Mungkin masih traumatik.
Tapi keputusan telah pun tertetap dan aku sendiri taknak patah balik.
Aku nak berhenti di hujung lembah ini dan nak tulis apa yang aku kenal pasal diri aku.
- I wish I can just work there kat depan rumah, a simple life, making things I am happy about
- Lukis benda yang budak-budak boleh belajar dan rasa sesuatu, seronok juga barangkali
- Lari daripada orang (I always have this tendency rupanya)
- Belajar menyara diri dengan menggandakan sesuatu yang mudah (tengah cuba lagi, tahun ni dan 2021 adalah tahun eksperimen)
Menjadi bahagia kadang langsung bukan tentang strategi dan seumpamanya. Jadi bahagia adalah satu tolakan dalam diri yang macam ada satu rumah yang kita nak menuju. Meski pun aku tahu juga kata Syeikh Abdal Hakim Murad, "bersama dengan Tuhan meski dalam keramaian" dan dengan itu bermuamalah.
- Nak cuba rakam video pendek-pendek dan sertakan sebagai kit percuma untuk BLAJO (you know, Shafira, BLAJO/ Cubic Academia has been a long journey)
- QR-code untuk set ibu bapa dan anak-anak kat rumah (percuma)
- Idea "gift-a-time" untuk hadiah kepada ibu/ bapa di rumah (bersama cikgu Sha)
- Sesekali buat kelas digital untuk orang kampung
- BLAJO untuk macam-macam jenis orang: buta, pekak, sindrom Down, orang Asli ahhh seronoknya
I think, kak Fau truly knows me. From the very beginning. She was the one suggested me going into freelance, she was the one asking about me building business (when maybe she knew I am not that kind of person to manage people-complexity).
I miss small beautiful things. I miss that.
Mungkin sebab tu deep down I knew I was afraid with W sebab I knew he reminded me of that simplicity, of the dream of simple beauties to be made. I know how complex my brain can be. But that's why maybe I took the plunge to let him go. Or else I will depend on him.
Can I find that in God? The yearnings. Tho who am I there in His All-Majesty.
And to focus on what I want, regardless; who cares hahaha:
- Langgan WIRED setahun 5 dollar ja
- Nak beli Macbook Air dengan cip M1 wuhu
- Beli buku Thinking Framework, Some Aspects of Sufism in Malay World, ICLIF Leadership
- Aku nak beli Macbook Air dan Apple Pencil (feel like crying now)
- Nak pergi cuti Janda Baik ya Allah
- Some day, nak upgrade hias lagi bilik yeppies
- Cool headless headphone, please!
- OMG sofa IKEA yang untuk baca buku tu!
Jujur, aku memang rasa macam nak nangis tapi aku tak faham kenapa. Aku nak lalu sahaja. Dengan mama masih sakit, aku tak rasa aku kuat nak hadap emotional turmoil dengan W yang macam ombak. Walau hati kecik aku ada kata, sayang Hi-Carla, but aku ada banyak lagi nama domain lain kan haha.
Aku malas nak peduli. Sungguh amat malas. Mungkin aku patut cuti sampai Mac 2021. Aku sangat malas dengan manusia. 2020 ni macam pasar.
Ya, aku sangat kompleks. I am like no, you cannot ever figure out me because that means I am so bare by then. You can get what I show you and I am so thankful I still have layers W did not know. That's all, nada.
Aku kompleks yang mana dengan kompleks tu no one can claim they can own me. People will always take advantage and being complex save me, because I always have the exit door for myself.
Comments
Post a Comment