2019: Jeda 1
Selamat menambah satu lagi angka untuk umur kita atas muka Bumi. 2019 bermula dengan keruh (dan justeru, jangan menangguk di air yang keruh) bercampur optimistik (sedikit lagi progres dengan hub Sijangkang). Balik daripada Cyberjaya semalam, aku mulakan semula hobi mendengar podcast yang aku rasa sebenarnya bagus untuk isi masa lapang semasa memandu.
Aku dengar episod menarik daripada The Knowledge Project tentang teori permainan dalam hidup - "democracy is a game, capitalism is a game" dan tentang dunia maya atas talian kita. Aku suka sebab idea bahawa teknologi ini monotoni memang telah lama aku terfikir - jadi teknologi akan merompak emosi kita dan mencuri perhatian kita. Ini memang menarik.
Aku tertarik juga dengan pemerhatian Adam Robinson tentang epidemik kesepian yang semakin meningkat (ingat, statistik kemurungan Malaysia bahawa 29% daripada rakyat Malaysia menghadapi kemurungan; 300 juta penduduk dunia murung, kalau ikut WHO) - Adam juga cerita tentang macam mana pandangan penduduk dunia yang semakin negatif. Walaupun aku tidak terlalu deterministik terhadap kesan teknologi seperti Adam dengan mengatakan bahawa 'it's [online world] all engineered', aku setuju apa yang kita guna sebagai medium akan reflect back to us - "what see is what we expect to see ... a big confirmation bias ..."
Soalan aku mungkin kepada Adam ialah jadi, jika ya teknologi direka sebegitu, oleh siapa dan untuk tujuan apa?
(Mungkin sebab tu aku tak berkenan dengan hujah deterministik terhadap teknologi sebab teknologi tidak datang dalam sebuah vakum. Tulisan-tulisan tentang idea masa depan yang membentuk kita mereka cipta teknologi kita sekarang ini telah mula ditulis berpuluh tahun lalu - idea pemikir dan ahli ekonomi dulu ini yang membentuk 'tangan-tangan' kita sekarang).
Berkebetulan, pagi hari ini, Sheikh Hamza Yusuf dalam kuliah podcast 'Root of Our Crisis' juga sentuh tentang betapa suatu tamadun apapun bermula dengan sebuah idea; idea tamadun Barat yang menerima evolusi mengasaskan itu sebagai metafiziknya, membentuk apa mereka sekarang. Idea.
Malam, aku baca buku Nassim Taleb yang panas tahun lepas - Skin in the Game. Macam mana kalau kita tiada skin in the game dalam sesuatu hal, pemerhatian kita akan berbeza, kita mungkin tidak nampak black swan di luar sana. Aku belum habis baca buku ini, jadi malas hendak tulis panjang-panjang.
Okay, aku dah mengantuk, nak tidur tengah hari.
Shalom!

Comments
Post a Comment