Jeda
Saya memulakan hobi terapi minggu lalu - selepas serta-merta membeli tablet grafik daripada Lazada. Setahun ini berlalu macam air - ya, sejak Januari tahun lalu. Saya ada buat beberapa hal yang memenuhi impian besar saya - pendidikan sains - tetapi secara mendalamnya, saya yang di dalam diri sudah macam 'jag yang sudah lama terlangkup'.
Cuma, saya sudah tidak mahu bercakap tentang hal itu - jua, tidak mahu membanding lagi. Saya sudah buat keputusan (kecil) itu dan biarlah. Saya kena terus sahaja.
Akhirnya saya memilih melukis dan mewarna - macam kembali semasa kecil dahulu.
Aku jadi teringat, sela 3 tahun aku selepas habis INTEC: aku tidak menoleh ke belakang untuk mengingat-ingat perubatan. Kawan yang tinggal ialah yang masing-masing mahu tinggal (dan sentiasa biasa ditinggalkan). Kami masing-masing meninggalkan tetapi kelakarnya, lewat tiga tahun itu, yang tinggal itu memang yang untukku.
Jua,semasa aku berkeputusan keluar SAMTTAR dulu untuk ke MRSM, aku tidak menoleh belakang untuk terkenang-kenang. Aku cipta kawan baru, rekod baru (debat, kepimpinan dan pencapaian akademik) dengan caraku. Siapa yang tetap dalam perhubungan, memang itu jua yang mahu tetap. Yang lain, kekal jadi kenalan. Hinggalah kini.
Semalam pulang daripada tuisyen, aku tahu satu hal: aku sudah tidak sekuat dulu. Aku sudah tidak seberani dulu mengambil risiko. Sambil mengambil beg daripada kerusi di kereta, aku berjalan masuk ke rumah dan berfikir,
Sudah sampai masa untuk bayar trade-off yang aku tunda-tunda. Yang mahu tinggal, tinggallah dan yang perlu pergi, kita akan jumpa sahaja lagi.
Shafira.
13 April 2017.

Selepas cuba mewarna dan melukis atas alat digital selama dua hari, yang di atas ini hasil pertama. Saya sempat siapkan tiga lagi lukisan dalam dua hari itu dan satu draf storyboard juga. Selepas menyudahkan warna pada sekitar pukul 12.30 malam (dan mengantuk sedikit sudah), saya rasa lega.
Saya perasan yang secara perlahan, saya semacam 'berteduh' dalam diri saya yang semasa kecil itu. Mewarna, melukis, menukil cerita selamba daripada hati ... dan beberapa hal lama yang mula saya jenguk semula: drama Cinderella (Ahmad Idham dan Haliza Misbun), lagu OST Romeo dan Juliet (sempat juga ulang-ulang OST Kutub Utara Kutub Selatan) dan tidur berpanjangan.
Ada sesetengah hal yang memang takkan beres - misalnya, tengah hari tadi, terusik apabila terlihat gambar Fai di media sosial, dikongsi seseorang. Dia terlihat bahagia dan aku tidak pernah mendoakan sebaliknya; cuma, aku tahu dia adalah hal yang takkan langsai itu. Ada rasa 'cubitan' dalam hati dan serta-merta aku tutup pos tersebut. Aku kena jaga momentum nan baik sekarang.
Minggu ini aku membaca buku Essentialism tulisan Greg Mckeown - baru sampai muka surat 134. Buku itu agak baik (bacaan ringan) kerana dia membantu aku dalam menggariskan hidup yang lebih berisi - dan satu hal yang aku suka ialah mengenai trade-off yang dia tulis dalam buku tidak seberapa tebal ini.
The reality of trade-offs: We can’t have it all or do it allTrade-off untuk jalan aku pilih ini adalah aku akan bayar sedikit harga kesunyian. Aku juga mungkin tidak akan hirau hal kahwin-mawin ini sebagai agenda. Juga, aku akan bayar sesuatu yang berat juga (yang untuk setahun dua, aku betul-betul fikir aku akan pelihara): kawan-kawan zaman 21 - 24 tahun aku. Aku akan pelihara mereka, tetapi untuk sekarang, aku tidak sihat untuk semua itu. Aku rasa setiap kali aku mahu mara ke depan, mereka ibarat tali pencangkuk yang menggamit aku berselesa.
Aku jadi teringat, sela 3 tahun aku selepas habis INTEC: aku tidak menoleh ke belakang untuk mengingat-ingat perubatan. Kawan yang tinggal ialah yang masing-masing mahu tinggal (dan sentiasa biasa ditinggalkan). Kami masing-masing meninggalkan tetapi kelakarnya, lewat tiga tahun itu, yang tinggal itu memang yang untukku.
Jua,semasa aku berkeputusan keluar SAMTTAR dulu untuk ke MRSM, aku tidak menoleh belakang untuk terkenang-kenang. Aku cipta kawan baru, rekod baru (debat, kepimpinan dan pencapaian akademik) dengan caraku. Siapa yang tetap dalam perhubungan, memang itu jua yang mahu tetap. Yang lain, kekal jadi kenalan. Hinggalah kini.
Semalam pulang daripada tuisyen, aku tahu satu hal: aku sudah tidak sekuat dulu. Aku sudah tidak seberani dulu mengambil risiko. Sambil mengambil beg daripada kerusi di kereta, aku berjalan masuk ke rumah dan berfikir,
Sudah sampai masa untuk bayar trade-off yang aku tunda-tunda. Yang mahu tinggal, tinggallah dan yang perlu pergi, kita akan jumpa sahaja lagi.
Shafira.
13 April 2017.

Comments
Post a Comment