Gelap
Gelap pada satu malam yang berlampu kalimantang.
Aneh sekali tetapi itulah kuasa Tuhan.
Pada gelap yang sebegitu dekatnya hadir,
Di depan mata ia berkelubung,
Terlalu jelas pada mata batin untuk melihatnya,
Dan jiwa terus sahaja disergah ketakutan,
Gentar yang tak pernah aku terasa,
Lalu cepat sahaja air mata berhambur,
Kerana tiada pernah aku melihat gelap yang sebegitu rupa.
Sedetik kemudian, gelap itu beransur.
Seketika namun berbekas dalam.
Kelamnya tiada siapa mahu tinggal di dalamnya,
Pada cahaya itu menerangkan kita duduk letak satu benda,
Pada cahaya itu juga buat kita bisa nampak jelas; bukan teraba-raba.
Ya, dalam gelap itu aku berseorang,
Sayang tiada yang biasa dapat melihat riak takut di kolam mata,
Untuk sebuah pencarian cahaya,
Kenapa harus ada gelap yang sebegitu dalam?
Kecewakah aku dengan kepanatan yang sebegini?
Lalu diterjang gelap yang bukan main?
Tetapi aneh sekali atau sebenarnya ajaib kuasa Tuhan?
Kerana setelah kenal gelap itu, kita kenal cahaya,
Kerana setelah terasa takut yang sangat berbekas itu,
Aku tahu tiada mahu akan kekal lama dalam yang gelap.
Jangan tunggu gelap untuk kenal cahaya,
Kerana cahaya itu sedia ada dalam diri untuk dikenal,
Tetapi selalu tersembunyi dengan gelap cermin.
Dan aku tidak kecewa mencari cahaya,
Kerana penat itu kalau niatnya benar,
Allah tahu benarnya,
Maka Allah sendiri akan menghadirkan cahaya,
Membuka pintu-pintu cahaya itu,
Jika kita pun tiba dengan persiapan yang benar,
Dan hati yang jernih.
Hatiku, diriku,
Ya, jangan cepat kecewa dan putus asa.
Dan bukankah sudah berlalu begitu ramai
Sudah datang limpas begitu banyak
Manusia yang sudah dibukakan cahaya?
Kau ikut yang mana?
Shah Alam.
Entah.

Comments
Post a Comment