Konfeksi: Gelap
Rebahkan.
Lalu
pecah berderai berkecai lah ia.
Rebahkan
ia.
Rebahkan
sesungguhnya.
Ketakutan
itu.
Kegentaran
itu.
Gelap
yang datang dan berpamitan.
Tuhan.
Aku tahu
Kau mendengarkan.
Sungguh,
aku takut.
170820131059.
Ada
cahaya datang menerpa masuk dalam ruang mata aku yang gelap. AH, silau!
Perlahan, cahaya itu bergerak mendekat, yang bulatnya cahaya itu kian mampir.
"Fai?"
Mengadahkan
kepala, aku belum terlihat siapa empunya suara, tetapi serasa aku kenal suara
itu. Suaranya.
"Fai,
kau kat mana?"
Aku tak
pasti dia bisa atau tidak nampak aku yang sedang berteleku duduk merapatkan
badan dan memeluk erat dua batang kaki sendiri di dadanya ini; tempat ini pun
bahkan bukan main tiada cahaya. Aku takut pula dia terjatuh sebab tersepak
apa-apa yang tidak patut.
Kukesat
kelopak mata yang basah dengan hujung baju yang kesat. Yang lembut mana bisa
menghilangkan sisa air mata ini.
"Ley?"
Suaraku.
Cahaya
nan membundar itu semerta berhenti di satu titik, tidak bergerak ke mana.
"Kau
duduklah di situ, di mana-mana kau berdiri tu. Kalau aku sudah aman semula, aku
sendiri akan mendekati kau."
"Baik-baik
sahajakah kau, Fai?"
Aku mahu
dia peluk aku dengan hangat. Menenggelamkan semua kesejukan sebuah kegelapan
ini tetapi ah, aku tidak mahu memanjakan diri sangat.
"Duduklah,
Ley. Aku nak cerita."
Seperti
aku dengar-dengar dia mengibas kain bajunya, dan perlahan, cahaya nan membulat
itu pun turun ke bawah, turun bersama duduknya Ley. Aku pula tidak pasti sama
ada Ley datang dengan topi lebarnya atau tidak, sebab aku memang tidak nampak
apa pun di sini.
"Fai?"
"Hmm."
"Kenapa
bergelap begini?"
Diam. Aku
tahu aku patut jawab, tetapi aku tiada daya. Entah kenapa, kesat hujung mata
tadi bergenang semula. Aku yang masih punya asa, melawan lagi dengan menyapu
hujung mata dengan hujung baju yang sama tadi.
"Fai?"
Kukesat
lagi air mata yang berani-berani mahu keluar lagi. Aku harus berjuang melawan
kelemahan ini.
"Ley,
mungkin yang lebih teruk bukan tiada kawan atau teman tetapi adalah berada
dalam gelap."
Ley setia
mendengar. Aku seolah nampak matanya yang redup, rendang dan teduh itu.
"Ley,
tiba-tiba aku rasa aku cuma nampak kegelapan depan aku. Aku… takut," dan
air mata itu ada semula, "aku takut, dan rupanya sendirian dalam gelap
sama sahaja dengan berteman dalam gelap, kalau teman itu pun sama gelapnya."
"Aku
semacam dah tak nampak apa, Ley, tapi orang menyangka aku dalam terang. Mereka
tak pernah nampakkah takutnya aku bila gelap makin mendekat dan siapa pun terus
senyum, katanya aku kuat," basah lagi hujung mukaku, "Aku… ah, kenapa
mereka dengan mudah cemburu dengan hidupku? Padahal terangnya hidup mereka,
tidakkah mereka sendiri patut lihat?"
Gesek bunyi benda bergeser. Kasut Ley, mungkin, yang baru bergeser dengan lantai.
"Apakah hanya mereka yang pernah lihat keindahan, yang akan lebih selalu terlihat kejelekan? Dan mereka yang terlebih selalu melihat kejelekan, barulah lebih menikmati keindahan?"
Ley masih diam di hujung belah mana itu. Mungkin dia pun masih memberi aku ruang bercakap, melepaskan apa di hati. Entah dari mana, aku teringin kalau ada batang-batang dandelion di kiri kananku untuk lihat ia berderai dan berterbangan.
"Kadang dan selalu aku terasa mahu mati, Ley. Diujar kepada manusia, mana dimengerti. Aku rasa macam Sisyphus. Memang tadi, aku rasa aku mahu mati, Ley."
"Habis, kenapa kau tak matikan sahaja diri kau?"
"Kau mahu aku mati, Ley?"
"Fai!"
Suara Ley bergaung dan melantun-lantun dalam ruang.
"Kalau aku mahu, aku bisa sahaja, Ley. Tetapi aku takut mati. Aku tahu berdosa."
"Lalu bagaimana kau akhirnya lega setiap kali?"
Tiba-tiba cerah. Terimbau.
Kala aku berseorang naik bas malam-malam dalam segala kepasrahan ke kota metropolitan hari tu.
Kala aku sendirian, duit makin menipis dan hanya mampu berjalan kaki.
Kala segala ketakutan kau sebagai perempuan, meredah malam dalam keadaan tak terancang.
Kala aku sungguh-sungguh tak pasti tapi mahu-mahu lagi menukil harapan.
Dan dalam setiap kala kegelapan yang maha pekat itu menyelubungi.
".. aku lihat Dia, Ley."
Dan setitis air mata jatuh.
"Setiap kali aku rasa, aku tak mampu dah, ada semacam orang bisik kat aku, Ley."
"Apa dia?"
Dan setitis lagi. "Allah takkan sia-siakan aku."
Dan fuh, terkambuh cahaya nan membulat dari jamung yang gadis bertopi lebar itu pegang.
Namun, dalam gelap yang kembali gelap, ada cahaya terang yang hadir.
Cahaya dalam hati, betapa Tuhan untuk setiap hamba-Nya.
Gelap itu ada banyak (zulumat - plural) tetapi yakinlah, cahaya itu khusus (an-nur).
Perlahan, dedaun dandelion semacam kapas halus itu tiba-tiba banyak sekali menerawang, berterbangan menyentuh aku. Dan di hujung, Ley memakai semula topi lebarnya.
'Tak, aku bukan Sisypus, menolak batu ke atas bukit, tidak. Aku umpama Hajar, yang berlari tujuh kali mencari air meski terlihat mustahil ada air di sebuah gurun nan panas itu.'
*Persis membaca buku 'Palestinian Women' tulisan Fatma Kassem, mengungkap semula Portelli, "Memory is not a passive depository of facts, but an active process of creation of meanings." Betapa TS Elliot juga menyatakan sebegitu dalam 'The Social Function of Poetry', bahawa peran tulisan non-akademik begini menimbulkan dan menjadi presentasi emosi satu masyarakat dan suara pada yang marginalized.
Shah Alam.
Hari mau hujan.
Hati sudah basah semula.
Jangan takut menjadi sendiri.

Comments
Post a Comment