Konfeksi Nano : Rahsia Hujan
| Kredit gambar : Rain Light oleh Kateey. "Mungkinkah ada titisan air matamu di dalam titisan hujan itu?" |
Buku itu, sederhana nipis. Hujung kulit muka depannya sudah terobek dan ada kesan calit sambal yang sudah mengering di situ. Aleya pegang kejap lalu dibuka entah muka surat berapa buku itu. Tidak bernombor, sebenarnya pun.
Sekejap sahaja, tulisan senget-senget ke kanan yang agak berangkai, memasuki penglihatannya.
"Aku
tidak mampu memberi senyum sedang diri aku sendiri di dalam lemas dengan hujan
tidak berpayung.
Aku tidak
mampu menipu diri sendiri, saat kau bertanya sihat atau ceria tidak aku sedang
aku tahu, hak kamu memiliki kebahagiaan juga dari ku."
Terjeda sebentar. Diulang-ulang baris tadi, seolah merasakan kesakitan tuan empunya buku. Adakah ini sebabnya kau semakin menyorok lukamu? Lalu, yang kau hidangkan adalah sisa baki bahagiamu? Adakah aku terlupa hal kelukaanmu, rafikku? Monolog Aleya seolah tercampak keluar, menghiasi kerutan di wajahnya.
Ditelek ayat seterusnya.
"Aku bukan
manusia paling baik namun kau tahu keinginan kita menjadi paling sempurna itu
terlalu kuat.
Lalu aku
mahu mengalah. Biarlah kau dilihat baik dan lebih baik.
Aku
menghilang. Luput dalam awan-awan yang terkondensasi lalu hanya menyapa
khabarmu bila hujan itu tiba semula.
Kau lalu
menarik keluar payung lalu berteduh dari sapaan ku.
Begitulah
aku mahu menjadi."
Renyuk sedikit hujung muka itu dek Aleya kuat menggenggamnya. 'Akukah rafiknya yang menggadaikan sahabat sendiri?' Mukanya membahang; seolah kehangatan itu bisa mengeringkan air mata yang mahu tumpah. 'Mengapa langsung gagal kaunyatakan marahmu, kesalmu padaku?'
"Hujan-hujan
yang tidak tetap datangnya. Mungkin dirungut bila hadir namun aku tahu, aku
mengindahkan lanskap dunia dengan masuk membawa kesegaran pada tanah-tanah dan
akar-akar dedaun di atas.
Aku cuma
mahu berlari dari segala rantai ini. Aku sakit sudah lama.
Dan di
bawah, kau bahagia melihat aku diserak segaris cahaya lalu terserlah dalam
lapisan warna tujuh berbeza pekat."
Mengapa deritamu menjadi rahsia yang tersimpan? Jemarinya dibawa ke tulisan berangkai itu, seolah menyentuhnya mampu menyampaikan sentuhan itu kepada tuan buku ini. Diusapi ayat-ayat yang ditulis itu dengan perlahan, Aleya pandang dengan dalam aksara-aksara itu.
Dia langsung lekas-lekas menyambung pembacaan. Halaman lain yang dibuka sekarang, tulisannya sedikit berbeza. Lebih bulat-bulat dan montok, tegak ke atas dan kurang ditekan.
"Kau tahu, rupanya sakit memberi itu akan hilang dibawa Tuhan jika kita ikhlas
Umpama air mata kita yang tersejat
Kalaulah kita mampu mengumpulkannya dalam sebiji bekas
Akan terlihat, renik mutiara di pipi kita tadi dirafakkan ke langit, lalu berkumpul dengan seisi air-air lain jenis di udara
Lalu kian lama, titisan air itu membentuk awan yang indah"
Transisi emosi. Aleya tiba-tiba aneh. Hilangkah sudah deritanya?
"Lalu kian lama, titisan itu semakin membanyak dan memberatkan sang awan
Ya, tahu-tahu awan nan berat itu akan menumpahkan isinya; menyirami gersang tanah mana-mana; menumbuhi tunas-tunas yang seakan mahu mati; juga menyimbah sedikit keriangan buat mereka yang sukakan kehadiranmu
Awan yang cantik berkepul-kepul itu, hujan yang rintik dan lebat membasahi itu, membahagiakan
Dan di dalam titisan itu, salah satunya titisan air mata kita yang terluka tadi."
Kenyamanan menyelinap masuk menghembus anginnya. Aleya jadi damai sendiri. Titik derita itu tidak lama. Titik kepenatan itu langsung sekejap.
"Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan."
"Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan."
Kau petik juga Ayat Tuhan itu? Ya, ya, ayat Surah Baraah yang ke-105. Sungguh, ayatnya Tuhan itu sangat intim buat kita. Tepat dan kena pada waktu. Ajaib. Elok sahaja disimpan ini, buat penglihatan masa muka.
Senyum berlepas hiba. Mungkin sengaja Tuhan menemukan buku ini tadi.
Dilihatnya, awan berarak rendah hari ini. Aleya meletakkan buku itu di tempatnya semula, dia mahu keluar dan menikmati keindahan Tuhan. Kakinya sudah mahu melangkah namun tiba-tiba terhenti sebentar.
Dkeluarkan sebatang pensil daripada kocek. Dia mahu mencalit sesuatu di halaman-halaman itu.
"Kau tahu,
Pensil diletak kembali ke dalam kocek. Keabadian tulisan itu, akan berterusan selagi mana kertas itu tidak lunyai dan rosak. Dia berharap, apa yang abadi itu selamanya hanya kebaikan. Sebelum berpapasan pergi, di dada buku, terimbas suatu nama yang membuatnya senyum jua.
Dkeluarkan sebatang pensil daripada kocek. Dia mahu mencalit sesuatu di halaman-halaman itu.
"Kau tahu,
Aku berpayung tiada di bawah hujan
Merengguk
kesejukan masuk ke tulang
Lalu ku iri
melihat manusia yang berteduh bawah payung
Rupanya
aku yang silap asyik menunggu hujan untuk teduh,
Menunggu
orang menghulur payung
Mengapa
tidak aku sedia membawanya sendiri?
Dan
Salahkah jika diredah sahaja kesejukan dan kebasahan?"
Pensil diletak kembali ke dalam kocek. Keabadian tulisan itu, akan berterusan selagi mana kertas itu tidak lunyai dan rosak. Dia berharap, apa yang abadi itu selamanya hanya kebaikan. Sebelum berpapasan pergi, di dada buku, terimbas suatu nama yang membuatnya senyum jua.
"Aleya"
Sijangkang. Ramadan Mubarak. 0431.
Sesungguhnya sesetengah daripada kata-kata yang memukau itu adalah sihir, dan sesetengah daripada ungkapan puisi itu adalah hikmah. (Hadith riwayat Ibn Mājah).
Comments
Post a Comment