Konfeksi : Malam dan Harga Sebuah Kasihan
| night by ~PSIHEYA. "Kedinginan malam itu, selalu datang dengan ceritanya." |
Sebuah
malam yang indah.
Mana terbanding dengan sejuta lukisan yang dicipta-cipta.
Mana terbanding dengan sejuta lukisan yang dicipta-cipta.
Sebuah
malam yang indah ini
Meneman dengan halwa kedinginan yang mendamaikan
Meneman dengan halwa kedinginan yang mendamaikan
Apa
terganti dengan hawa dingin dari mesin kelabu berasap-asap itu?
Ianya
seolah bernyawa dengan abstrak bergeraknya
Dan aku
seorang pengkagum-Nya
Tukang
lukis yang memberi nyawa.
Ya,
tukang lukis yang memberi nyawa.
Bahkan nyawa pada yang nyawa kala melihat lukisan ini.
Bahkan nyawa pada yang nyawa kala melihat lukisan ini.
Royal
City - Mac 2012.
Aku
namakannya demikian - Royal City. Padahal tempat itu adalah satu tempat yang
kau tahu juga, cuma ya, nakal-nakal aku ini mahu menggelarkannya demikian. Suka
hati akulah mahu menamakannya (maaf lah Tuan Bandar, aku sesuka menukar
namanya!)
Ah,
lupakan soal nama-nama ini! Malam ini seperti selalu, imbasan mataku masih kuat
dan terang untuk melihat apa yang terjadi. Menangkap garis-garis lukisan Tuhan
di alam buana yang penuh kefanaan. Menuntut sedikit kefahaman untuk menterjemah
abstrak lukisan-Nya. (sebenarnya tidak abstrak, cuma mata manusia ini rabunnya
banyak!)
Duduk di
birai-birai jalan, aku enak juga memerhati seluas apa aku mampu. Tanganku
memagut seplastik barang, yang baru lunas sedikit wangku teralir masuk mesin di
pasar beli-belah di sebelah sana tadi.
***
"Keropok
ni jauh datang, dari Terengganu. InshaAllah, isinya ikan dan tepungnya kurang.
Harga saya jual RM10." Begitu agaknya kata-kata pakcik berbaju kemeja
kelabu garis-garis halus.
Sebungkus
plastik yang buncit dengan keping-keping kering, disua kepada makcik di depan
yang sedang enak berpinggan-pinggan habis licin dengan anak-anaknya dua tiga
muka di situ.
Dan
makcik itu elok sahaja terus tangannya menggodek-godek nasi sebutir dua di
pinggannya (padahal lama sudah licin!) tetapi matanya sekadarnya dihala ke
pakcik itu. Si suami (barangkali) di depan makcik itu leka sahaja buat-buat
tidak memandang.
Dan aku
lalu sekadarnya di situ.
Boleh
sahaja aku berbisik - "Ah, perniagaan pakcik baju kelabu itu tidak
laku!" kerana itu malam-malam masih mahu menjual itu ini, memujuk sana
sini. Sedang berlambak juga keropok sedimikan di kedai runcit lain bertag harga
murah.
Namun,
kala ku lihat sang bulan yang sudah singgah dan pasar beli-belah di sebelah aku
pergi tadi pun sudah mahu tutup, peluh dan keringat pakcik berbaju kelabu itu
yang aku terpandangkan.
Lalu ku
terbayang, entah bagaimana rumahnya. Entah anaknya ada yang sakit demam atau
apa. Entah berhujan atau tidak malam ini dia dengan poket seberapa. Ah!
Lalu ku
terlihat senyuman pakcik berbaju kelabu itu yang masih tidak terbalas dengan
makcik di depan itu. Ah, kuatnya diri untuk tersenyum di kala malam orang lain
sudah kenyang menggendong perut, dia masih berusaha di sana. Di celah orang
lain menangguk rezek masih ke mulut, dia mencuba rezeki sendiri di celah
meja-meja itu.
Lalu ku
terlihat pakcik berbaju kelabu itu setia berdiri dan mencuba sedang makcik itu
sekeluarga buat endah tidak endah dan molek sahaja duduk.
Aku
terdiam melihat ragam warga Bumiku. Warga Tanah Melayu ini. Yang sama
songkoknya dengan bapaku. Yang sama kulitnya dengan emakku. Anak-anak sama
jenis sekolah dengan aku dan adik-adik. Masakan, aku tidak terasa apa.
Ya, harga
keropok sebungkus itu murah sahaja bukan? Tetapi harga sebuah kasihan ini,
selautan bayarannya.
Malam
minggu lalu, lelaki berbaju kemeja juga cuma berwarna lain, mampir kepadaku.
Dia orang Tiong Hua. Matanya sepet. Dan menghulurkan aku sepasu bunga mainan
yang bergerak dengan tenaga solar. Dan aku cuma mampu membayarnya sebentuk
senyuman. Dan sepotong doa, meski itu tidak mampu mengayakan dan menjadikannya
berwang.
Untuk
kesemua pakcik-pakcik dan makcik-makcik itu, aku doakan diri aku untuk satu
hari nanti bisa membayar nilai kasihan ini secara langsung. Jika poketku
sanggup, aku beri apa aku mampu, tetapi melihat kamu semua, azamku semakin
tinggi.
Aku mahu
kamu ada tempat berteduh untuk berniaga dengan segala usaha dan kecekapan. Aku
mahu melihat produk-produk kamu diinovasikan dan dicipta jauh untuk kepentingan
poket dan suapan makan. Namun, jauh dari itu, aku mahu harga kasihan ini akan
berkurang. Aku mahu aku bergerak untuk membaguskan kamu semua, hingga anak-anak
mu tahu, tegak maruah bangsa ini adalah jua dengan kamu.
Lalu
tempatmu itu, aku akan elokkan. Aku akan semat kamu semua dalam peta azam dan
impian aku.
***
Malam
ini, aku selalu berharap untuk berulang. Mana tahu, melihat pula anak-anak
mereka sebagaimana ya? Lalu ku angkat plastik barangku, dan pamit pulang.
Dengan
sebuah lagi tampalan di hati sendiri.
ZenFira.
Kepenatan membelek kertas-kertas, mahukan kerehatan.
Kerehatan yang mampu membayar satu harga harapnya.
"Sebaik-baik manusia, adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lainnya." Kata pemimpin kita, Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam.
Suka baca blog ini. sorry, salam kenal. menghiburkan minda akak yang penat bekerja
ReplyDeleteTerima kasih, kak. Akak tahu, disebabkan ucapan akak inilah, saya kembali ingin menulis dan menemui lagi diri sendiri. Terima kasih, kak. Semoga Allah permudahkan urusan akak di sana, di samping manusia-manusia dan anak-anak yang comel dan membahagiakan. :)
Delete