buat seorang ayah ku panggil abah...
abah...
anakmu kini sudah besar..
pasti tersangat banyak silap dan khilafnya,
namun betapa kau sabar menghadapinya...
terima kasih abah..
buat sahabat-sahabat yang masih mempunyai seorang ayah,
tak kira dipanggil 'ayah' 'abah' 'dad' 'papa' 'babah' atau apa sahaja,
sayangi mereka selagi termampu,
jangan tercari dan tahu nilai hanya selepas kehilangan..
untuk sahabat yang belum sempat berpuas bermesra dengan insan bergelar ayah,
percayalah mereka masih mengharap dan sentiasa mendambakan doa daripada seorang anak yang soleh..
Luv my dad,
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud,
“…dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 15)
Wallahu a'alam
Wassalam... :)
Comments
Post a Comment